Sunday 26 February 2012

♥ Cinta Ku Pada Mu ♥


Assalamu'alaikum wbt...



Sungguh tidak ku bohong bilamana ku katakan ku cinta kepada mu.
Akan tetapi, cinta yg agung itu hanyalah cinta Ilahi.
 

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 31:


Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kalau benar apa yg keluar dari mulut kita selama ini, segala sumpah setia kepadaNya yg kita laungkan, takkan pernah tergamak untuk kita tidak mengikuti segala perintah Nabi Muhammad SAW yg mulia.  Adakah kita tidak ingin dicintai oleh Rabb kita sedangkan Allah SWT sendiri telah menyatakan melalui kalamNya yakni Al-Quran al-Karim? 

Cinta hakiki sememangnya tiada tolok bandingnya.  Kasihilah kedua orang tua kita tetapi jangan sesekali melebihi cinta kepada Yang Maha Esa & RasulNya.  Cintailah pasangan kita tetapi jangan pernah sesekali melangkaui cinta kita kepada Allah SWT & Rasulullah SAW.  Cintailah apa pun tetapi Cinta Ilahi itu tetap yg utama sampailah bila2.

Rasulullah SAW bersabda:
” Tiga perkara yang jika ada pada seseorang maka akan dirasai kemanisan iman. Pertama, menjadikan Allah dan Rasul sebagai kecintaan yang lebih tinggi berbanding selainnya. Kedua, tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah. Ketiga, benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana benci dicampak ke dalam neraka. “
(H.R Bukhari)

Tidak kukatakan ku tidak inginkan mu.  Masakan aku mampu menolak perasaan cinta ini kerana ia adalah fitrah yg dikurniakan oleh Sang Pencipta kepada hamba2Nya. 
 Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran (ayat 14):


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Sungguh engkau adalah perhiasan yg sungguh indah di dunia ini... kesolehan mu menjadikan penanda bahawa dirimu juga adalah antara perhiasan dunia yg terbaik. 

Sabda Nabi Muhammad SAW:

” Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Jika kamu memandangnya, kamu gembira. Jika kamu menyuruhnya, dia taat kepada kamu. Dan jika kamu tiada di sisinya, maka dia menjaga kehormatannya dan harta bendamu “.
(H.R Muslim, Nasaie dan Ibn Majah)

Cintailah Allah & RasulNya, nescaya cinta yg lahir di antara kita pasti selamat dari kekejian dunia yg disulami dengan rona2 kehidupan yg penuh dengan tipu daya.

Semoga kita diberikan kekuatan & kesabaran mengharungi hidup yg berliku ini.

InsyaAllah…

Wallahua’lam… 


Picture: Google/Tumblr

4 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t,

    You may dislike something although it is good for you, or like something although it is bad for you: The Almighty knows but you do not."
    [ Al-Baqarah 2 : 216 ]

    Moga Istiqamah dalam mencari cinta Allah S.W.T.

    Jika kedua-duanya soleh dan solehah, mereka akan bersama di akhirat nanti ^_^

    "What are words, if you really don't mean them when you say them?"

    HM.

    ReplyDelete
  2. Thanks for the reminder.

    Betul3! ^^

    ReplyDelete
  3. Cinta pada yang Maha P'cinta...Allah s.w.t.Thanks sharing bah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg terbaik... Boleh bah kalau kau! ^^

      Delete