Wednesday 22 February 2012

Saya nak A+!!!


 Sumber gambar: Google

Tatkala orang sibuk mengejar dunia.  Tatkala orang sibuk mengejar A dalam semua subjek pelajaran, ramai yg gagal dalam menyempurnakan agama mereka.  Mereka ingat dunia adalah segala2nya dan mereka kononnya tergolong dalam kalangan bijak pandai, namun malang sekali mereka tidak faham konsep ‘awlawiyat’ dalam Islam.  Yang harus & sunat dikatakan wajib, yg wajib pula diketepikan.  Ibu bapa pula memberi penekanan dalam pelajaran anak2 mereka.  Katakan sahaja subjek apa yg mereka lemah, sudah pasti mereka sanggup berhabis ratusan malahan ribuan ringgit untuk menghantar anak2 mereka ke kelas2 tambahan & membeli buku2 rujukan demi memperbaiki keputusan peperiksaan mereka.  Demi mendapat piala penghargaan… demi mendapat segulung sijil yg belum tentu lagi boleh menjamin syurga buat kita semua.  Allah SWT takkan tanya kita dapat apa dalam SPM.  Allah tidak akan tanya keputusan peperiksaan kita dalam Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik Tambahan.  Allah takkan tanya itu semua, yg ditanya sejauh mana kita mendalami agama... sejauh manakah kita telah menegakkan agama Allah yakni Islam itu sendiri.  Sesungguhnya dunia ini hanyalah penuh dengan tipu daya semata2.  Firman Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 20:


ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ وَزِينَةٌ۬ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٌ۬ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِۖ كَمَثَلِ غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُ ۥ ثُمَّ يَہِيجُ فَتَرَٮٰهُ مُصۡفَرًّ۬ا ثُمَّ يَكُونُ حُطَـٰمً۬اۖ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنٌ۬ۚ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ 

‘Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Kita berebut nak dapatkan A dalam exam tapi pernahkah kita terfikir untuk mendapatkan A dalam:
-          Akidah
-          Amalan
-          Akhlak
-          Al-Quran &
-          As-Sunnah?

Tepuk dada, tanyalah iman masing2.

Wallahua’lam…

No comments:

Post a Comment