Sunday 5 February 2012

'Aku takde masa la nak baca Quran!'

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

'Aku takde masa la nak baca Quran!'... Aku busy taw tak? Kat office tu berlambak2 lagi kerja nak kena buat. Mana ada masa nak baca Quran...Alaa.. lagipun sunat je kan? Rilekla...'

Nauzubillah min zalik... sahabatku2 sekalian, semoga kita bukanlah drpd golongan seperti ini.

Meskipun kita mungkin tidak pernah berkata seperti itu,  namun, kadangkala kita tidak dapat lari daripada berperasaan sebegitu rupa.  I know I did... and probably still do.  Sometimes, we have this inconsistency in our feelings whether to spend some time to read the Holy Qoran or not.  As we are arguing and questioning ourselves, in the end we might just end up not reading it.  Just pitiful...

'Ok, lepas solat Maghrib ni aku nak baca Al-Quran la. Sehelai muka surat pun jadilah, at least aku baca.' Then... 'Aiseyman! Lupa ada drama best kat TV pasni. Kena cepat2 ni, kang ter-miss pla aku nak tgk pelakon kesayangan aku...cunnya kau ******!' (Maaf, penulis cuba utk tidak melibatkan artis2 kita secara langsung di dalam hal ni...hehe...).  Akhirnya, niat nak baca Quran td lesap begitu sahaja. Aduh, Malangnya!

Saudara (juga saudari), kenapakah kita susah sgt nak luangkan masa untuk membaca al-Quran? Apa sebab kita tak nak luangkan masa lapang kita, walaupun 5 minit drpd 24 jam yg dikurniakan kpd kita untuk membaca kitab Allah yg suci itu?  Alasan? 'Saya tak reti la', 'Banyak keja rumah nak kena buat', 'Sibuklah...nak kena jaga anak2 suma', 'Nanti saya bacalah, bukannya saya tak baca pun (konon je).'  Itu merupakan alasan2 g sering kita dengar.  Baiklah, untuk mnjawab persoalan 'Saya tak reti la' td, katakan seseorang itu suka bermain video game, say gaming consoles - Xbox, PS3, Wii, etc., kalau dia suka bermain FIFA 12 (permainan video bola sepak), tetapi dia tak tahu bagaimana nak membuat 'skills', nak 'passing', 'shoot' bola, nak 'defend' semua, sudah tentu dia akan BELAJAR cara2 nak buat benda itu semua.  BELAJAR. You heard me. Learn it! Jangan jadikan alasan kita tak tahu membaca sebab tidak ada orang nak mengajar kita! Come on la... sekarang ni zaman IT. Semua maklumat di hujung jari. Takkan takleh nak Google pasal kaedah2 dan tajwid membaca al-Quran kot? Ok... hujah takleh pakai? Buku2 berlambak kat pasaran, takkan takleh nak spend duit sikit beli kot? Ok...takleh pakai juga? Kembali kepada internet tadi... searchla kat YouTube pasal video2 tu semua. Kan byk dalam internet? Drpd korang dok search lagu2 yg entah apa2, baik korang cari benda2 yg bermanfaat. Ok... masih takleh pakai? Kena ada guru? Ha! Da tahu tanya lagi! Luangla sedikit masa pergi kelas2 mengaji Quran... pergi surau ke..minta Tok Imam tolong ajarkan ke... apa susah? *peringatan buat diri sendiri*

Allah SWT kurniakan kita pelbagai nikmat yg tak terhitung banyaknya. Salah satunya nikmat anggota badan.  Ada tubuh badan sihat, sempurna lagi..gunalah atas jalanNya. Pergilah menuntut ilmu2 agama. Janganlah jadi katak di bawah tempurung pula. Haish! *Konon2 marah* Ada insan2 yg takde penglihatan pun boleh baca Quran, siap leh tarannum lagi, takkan kita yg celik ni takleh???

Bila lagi kita nak baca? Lampu ada... macam2 colour lagi, terang dr spotlight kot.  Ada yg siap kipas tu ada lampu lg. 2 in 1! Masih takleh baca lagi?  Kadang2 tu, nak ambil wudhu' pun payah. Macamla kat rumah tu takda paip dan bekalan air.  Kat tandas satu, dapur satu, bilik mandi satu, dalam bilik satu, kat luar rumah satu, smpai kolam ikan pun ada paip sebab nak buat pancuran air keluar dr patung perhiasan kat kolam.  Orang dulu2 sewaktu pemerintahan Jepun terpaksa bersembunyi kalau nak baca Quran, takkan pada zaman yg dikatakan pemerintahan demokrasi ni pun tak leh baca juga? Alahai, sungguh malang nasib kita!

Penat dah bagi 'lecture', now let's see kenapa kita perlu baca Quran secara ringkasnya.  Ok.  Adapun Al-Quran itu telah diturunkan dr Lohmahfuz ke langit dunia pada bulan Ramadhan.  Kemudian, Al-Quran itu diambil dr Lohmahfuz tadi dan diturunkan ke Baitul Izzah di langit dunia pada malam yg lebih baik dr seribu bulan yakni Malam Lailatulqadar.  Then, ia pun diturunkan kpd Rasulullah SAW mengikut keadaan n peristiwa2 yg sesuai selama 23 tahun.  Baiklah... itu sejarahnya.  Jom kita tgk beberapa hadis Nabi yg membicarakan mengenai kelebihan al-Quran. Shall we?

Drpd Abdullah bin Mas'ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: 'Sesiapa yg membaca satu huruf drpd Kitab Allah, maka baginya satu hasanah, yakni satu kebajikan. Dan hasanah itu pula digandakan sbanyak 10 kebajikan seumpamanya.  Aku tidak katakan 'Alif Lam Mim' itu satu huruf, tetapi 'Alif' satu huruf, 'Lam' satu huruf dan 'Mim' satu huruf.' (HR al-Tirmizi)


Satu lagi hadis yg 'highlight' pasal kelebihan membaca al-Quran:
Drpd Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: 'Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat dengan memberi syafaat (pertolongan) kpd tuan (pembaca)-nya.' (HR Muslim)

Subhanallah saudara2 sekalian! Al-Quran sebagai pemberi syafaat kepada kita! Bayangkan kalau time kena hisab oleh Allah kat hari Akhirat nanti.  Kita ada, contohnya, dalam 10% lagi baru leh pass nak masuk syurga, kalau kita mendapat kelebihan drpd apa yg dikatakan melalui al-Quran, sudah pasti kita terhindar drpd azab api neraka Allah! MasyaAllah!

Adeh...semput da saya ckp pasal isu membaca al-Quran ni. Memang panjang giler entri kali ini. Dah macam buat thesis la pula. Ni kira leh cover sebulan punyer entri terus ni *hik3*

Baiklah. Setakat sini sahajalah yg saya dapat kongsikan dengan sahabat2 sekalian.  Semoga kita selepas ni lebih rajin lagi berdamping dengan al-Quran dan mengamalkan segala yg termaktub di dalamnya.  InsyaAllah.  Apa yg baik dtgnya drpd Allah SWT dan yg buruk drpd kelemahan saya sendiri.  Wallahu A'lam...

Till we meet again, Assalamu'alaikum!  (^^,)


Rashidi Razif [RR]
~May Allah always shower His barakah unto us all, especially 'you and me'. Amin. InsyaAllah~  ^__^





2 comments:

  1. Waalaikumussalam, thanks for sharing :)

    Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. (Surah Yusuf 12 : 2)

    ReplyDelete
  2. Thanks for stopping by.

    Thanks for the 'reminder' as well. :)

    ReplyDelete