Rasa seakan-akan tidak pernah bersyukur dengan segala nikmat yg diberi.
Dahlah free. Tak perlu bayar walau sesen pun kat Tuan punya nikmat.
Itu pun masih berlagak angkuh, bongkak, sombong,...and the list goes on...
Hipokrit.
Bajet baik depan manusia yg buta tapi dengan Khalik macam haram jerr...
Konon cakap cinta namun mengapa tak pernah setia?
Iman.
Iman pula macam biskut Chipsmore.
Kejap ada kejap takde.
Kejap tinggi melangit.
Kejap lagi hilang entah ke mana.
Entah-entah dah terbenam jauh di dasar Jurang Mariana.
Kalau jumpa okay lagi, kalau tak jumpa-jumpa bagaimana?
Rasa-rasanya bila nak sedar ek?
Segala petunjuk dan ingatan dah terpampang jelas terus ke mata hati.
Lagi jelas dari pandangan mata itu sendiri.
Cakap bodoh marah.
Bila tegur pula asyik melatah.
Apala nak jadi dengan diri ni.... hurm...
Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts
Thursday, 12 April 2012
Tuesday, 10 April 2012
Coretan Terakhir
Kusangkakan panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengah hari...
Adapun semalam kita bergurau senda.
Penuh saja dengan hilai tawa,
Seakan2 tak akan lekang senyuman pada bibirnya.
Namun, tika ini kita berduka, hati bermuram durja.
Bilamana mendengar khabar berita
Bahawa Sang Pemilik datang menuntut haknya.
Bersabarlah wahai manusia.
Hidup ini hanyalah sementara.
Tiap yg hidup pasti kan tiada.
Namun akhirat itu kan kekal selamanya.
Kepada sahabatku, takziah di atas permergian ayahmu. Semoga rohnya dilimpahi rahmat dan berada dalam kalangan orang2 yg soleh. Amin... InsyaAllah.
Semoga dikau dan keluarga tabah menghadapi semua ini... Adapun Allah SWT itu lebih menyayanginya drpd kita semua...
rupanya hujan di tengah hari...
Adapun semalam kita bergurau senda.
Penuh saja dengan hilai tawa,
Seakan2 tak akan lekang senyuman pada bibirnya.
Namun, tika ini kita berduka, hati bermuram durja.
Bilamana mendengar khabar berita
Bahawa Sang Pemilik datang menuntut haknya.
Bersabarlah wahai manusia.
Hidup ini hanyalah sementara.
Tiap yg hidup pasti kan tiada.
Namun akhirat itu kan kekal selamanya.
Kepada sahabatku, takziah di atas permergian ayahmu. Semoga rohnya dilimpahi rahmat dan berada dalam kalangan orang2 yg soleh. Amin... InsyaAllah.
Semoga dikau dan keluarga tabah menghadapi semua ini... Adapun Allah SWT itu lebih menyayanginya drpd kita semua...
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[Al-Baqarah: 156]
Sunday, 8 April 2012
Keep Calm and Carry On ♥
Assalamu'alaikum wbt... Hi.. :)
Ada kawan post 'conversation' ni kat Fb so I think it's worth sharing with you guys here :)
1. "Bajet ah kau ni post Islamik2".
Jawab- "Memang, memang aku
bajet nak masuk syurga. Kau bajet
nak masuk belah mana?"
2. "Takyahlah nak tunjuk bagus,
menyampah aku!".
Jawab,- "Aku tengah cuba nak
baguskan diri sendiri sebab skrg
aku rasa aku macam sampah
depan Tuhan."
3. "Berdakwah konon."
Jawab,- "Bukan konon, memang
aku tengah dakwah diri aku
sendiri."
4. "Bukannya best pun status tu.
Poyo ah!"
Jawab, -"Memang tak best sebab
aku bukannya nak jual buku. Aku
update status jak pun. Biar poyo
skrg, jgn poyo depan Tuhan di
akhirat depan."
5. "Aku block je la kau ni."
Jawab,- "Alhamdulillah, jika itu yg
terbaik utk iman kau."
Jawab- "Memang, memang aku
bajet nak masuk syurga. Kau bajet
nak masuk belah mana?"
2. "Takyahlah nak tunjuk bagus,
menyampah aku!".
Jawab,- "Aku tengah cuba nak
baguskan diri sendiri sebab skrg
aku rasa aku macam sampah
depan Tuhan."
3. "Berdakwah konon."
Jawab,- "Bukan konon, memang
aku tengah dakwah diri aku
sendiri."
4. "Bukannya best pun status tu.
Poyo ah!"
Jawab, -"Memang tak best sebab
aku bukannya nak jual buku. Aku
update status jak pun. Biar poyo
skrg, jgn poyo depan Tuhan di
akhirat depan."
5. "Aku block je la kau ni."
Jawab,- "Alhamdulillah, jika itu yg
terbaik utk iman kau."
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ
Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. [An-Nahl: 127]
Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. [An-Nahl: 127]
-Allah didn't promise that
the way would be easy but He did promise that He would be with us in
every single step of our lives as long as we want Him to-
والله أعلمُ بالـصـواب
Saturday, 10 March 2012
Persis Kisah Hasan & Hussein :)
Lihat video ini... :)
Ketika
zaman Nabi, tiada masalah untuk kanak² diajak bersama² datang ke
masjid. Malah dibawa sekali solat bersama² ke dalam saf yg sama dgn org
dewasa. Cucu Nabi, Hasan dan Hussein pernah main panjat² di belakang
Nabi ketika Nabi sedang sujud.
Umamah cucu Nabi pula pernah
didukung di tengkuk sambil Nabi mengimami solat fardhu. Subhanallah...
Indahnya akhlak Nabi terhadap anak-anak.
Elakkan anak-anak dibiarkan
di saf-saf belakang tanpa perhatian bapa-bapa mereka. Sepatutnya
anak-anak dibawa dan dididik untuk bersama-sama memenuhi saf paling
hadapan. Bukan diletakkan/diasingkan di saf belakang.
Berikut hadis Nabi mendudukung cucunya sambil bersolat:
Abu Qotadah al-Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata:
رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ النَّاسَ
وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا
رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا
“Aku
melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengimami solat orang ramai
sambil mendukung Umamah binti Abu al-‘Ash di atas tengkuk (atau bahu)
beliau, dan ia adalah bayi perempuan Zainab binti Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam. Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu,
dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat
asal ia didukung).” (Hadis Riwayat Muslim, no. 845)
Pelik bagi kita di nusantara, tetapi inilah hakikatnya yg telah dilakukan oleh Nabi kita.
Selepas ini janganlah pelik lagi sekiranya nampak ada org dukung
anak/bayi mereka di tengkuk ketika solat. Sebab ini juga termasuk salah
satu sunnah Rasulullah.
والله أعلمُ بالـصـواب
Source:
Artikel: Facebook
Video: YouTube
Labels:
Dakwah,
Family,
Life,
Love,
People,
Relationship,
Religion,
Sirah Nabawiyah
Sunday, 26 February 2012
♥ Cinta Ku Pada Mu ♥
Assalamu'alaikum wbt...
Sungguh tidak ku bohong bilamana ku katakan ku cinta kepada mu.
Akan tetapi, cinta yg agung itu hanyalah cinta Ilahi.
Allah berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 31:
Katakanlah
(wahai Muhammad): “Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya
Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kalau benar apa yg keluar dari mulut kita selama ini, segala
sumpah setia kepadaNya yg kita laungkan, takkan pernah tergamak untuk kita
tidak mengikuti segala perintah Nabi Muhammad SAW yg mulia. Adakah kita
tidak ingin dicintai oleh Rabb kita sedangkan Allah SWT sendiri telah
menyatakan melalui kalamNya yakni Al-Quran al-Karim?
Cinta hakiki sememangnya tiada tolok bandingnya. Kasihilah kedua orang tua kita tetapi jangan sesekali melebihi cinta kepada Yang Maha Esa & RasulNya. Cintailah pasangan kita tetapi jangan pernah sesekali melangkaui cinta kita kepada Allah SWT & Rasulullah SAW. Cintailah apa pun tetapi Cinta Ilahi itu tetap yg utama sampailah bila2.
Rasulullah SAW bersabda:
Cinta hakiki sememangnya tiada tolok bandingnya. Kasihilah kedua orang tua kita tetapi jangan sesekali melebihi cinta kepada Yang Maha Esa & RasulNya. Cintailah pasangan kita tetapi jangan pernah sesekali melangkaui cinta kita kepada Allah SWT & Rasulullah SAW. Cintailah apa pun tetapi Cinta Ilahi itu tetap yg utama sampailah bila2.
Rasulullah SAW bersabda:
” Tiga perkara
yang jika ada pada seseorang maka akan dirasai kemanisan iman. Pertama,
menjadikan Allah dan Rasul sebagai kecintaan yang lebih tinggi berbanding
selainnya. Kedua, tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah. Ketiga,
benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana benci dicampak ke dalam
neraka. “
(H.R Bukhari)
Tidak kukatakan ku tidak inginkan mu. Masakan aku
mampu menolak perasaan cinta ini kerana ia adalah fitrah yg dikurniakan oleh
Sang Pencipta kepada hamba2Nya.
Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran (ayat 14):
Dihiaskan (dan dijadikan indah)
kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu
perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan
binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah
kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali
yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Sungguh
engkau adalah perhiasan yg sungguh indah di dunia ini... kesolehan mu
menjadikan penanda bahawa dirimu juga adalah antara perhiasan dunia yg terbaik.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
” Dunia adalah perhiasan, dan
sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Jika kamu memandangnya, kamu
gembira. Jika kamu menyuruhnya, dia taat kepada kamu. Dan jika kamu tiada di sisinya, maka dia menjaga
kehormatannya dan harta bendamu “.
(H.R Muslim, Nasaie dan Ibn Majah)
Cintailah Allah & RasulNya, nescaya cinta yg lahir di
antara kita pasti selamat dari kekejian dunia yg disulami dengan rona2
kehidupan yg penuh dengan tipu daya.
Semoga kita diberikan kekuatan & kesabaran
mengharungi hidup yg berliku ini.
InsyaAllah… ♥
Wallahua’lam…
Picture: Google/Tumblr
Saturday, 25 February 2012
Doa Qunut :)
Assalamu'alaikum wbt,
Okay... Ana tahu ramai yg da hafal da doa Qunut ni... termasukla juga yg belum hafal. So entri kali ni ditujukan buat sahabat ana yg susah sgt nak hafal doa ni. Meskipun doa ni hukumnya Sunat Ab'adh (sunat yg dikuatkan, jika terlupa disunatkan sujud sahwi) mengikut Mazhab Syafie, ana kagum juga ngan sahabat ana ni yg bersungguh2 nak hafal doa ni walaupun niatnya yg asal tu agak 'off track' sikit... Bagi yg faham takpa, yg tak paham sudah sebab tuan punya badan je yg tahu mksud ana.. hik3... jgn marah ye preeennnn... \(^^,)/
Oh ya... doa qunut ni terdapat khilaf dalam kalangan ulama'... so takyah la nak berbalah bab ini sampai nak membid'ahkan org lain. Tak nak baca sudah, kalau baca dapat fadhilat berlandaskan Mazhab Syafie. So, Peace No War. Hehehe... *wink2*
Semoga sahabat ana ni dapat menghafal doa Qunut ni ngan JAYANYA... hik3... x)
Wassalam...
Credit:
Dato' Ismail Kamus and Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009) Indahnya Hidup Bersyariat: Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Okay... Ana tahu ramai yg da hafal da doa Qunut ni... termasukla juga yg belum hafal. So entri kali ni ditujukan buat sahabat ana yg susah sgt nak hafal doa ni. Meskipun doa ni hukumnya Sunat Ab'adh (sunat yg dikuatkan, jika terlupa disunatkan sujud sahwi) mengikut Mazhab Syafie, ana kagum juga ngan sahabat ana ni yg bersungguh2 nak hafal doa ni walaupun niatnya yg asal tu agak 'off track' sikit... Bagi yg faham takpa, yg tak paham sudah sebab tuan punya badan je yg tahu mksud ana.. hik3... jgn marah ye preeennnn... \(^^,)/
Oh ya... doa qunut ni terdapat khilaf dalam kalangan ulama'... so takyah la nak berbalah bab ini sampai nak membid'ahkan org lain. Tak nak baca sudah, kalau baca dapat fadhilat berlandaskan Mazhab Syafie. So, Peace No War. Hehehe... *wink2*
Semoga sahabat ana ni dapat menghafal doa Qunut ni ngan JAYANYA... hik3... x)
Wassalam...
Credit:
Dato' Ismail Kamus and Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009) Indahnya Hidup Bersyariat: Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Doa & Penyakit
Assalamu'alaikum wbt,
Baru2 ni ada seorang sahabat ANA (ceeehh.. saja nak pkai pronoun Arab cket..hehe) mengadu sakit kaki. Dah lama da katanya sejak kat kolej lagi. So, dia pun pergila ke klinik tgk apa yg tak kena. Doktor cakap maybe sebab effect dia pernah jatuh dulu kat Kolej. Doktor pun bagi ubat & Alhamdulillah sakit pun berkurangan. Dah okay dah kecuali time nak sujud dalam solat je still sakit lagi katanya. Ana pun cakapla yg ana akan try cari doa2 yg manatahu leh ringankan sedikit sakit sahabat ana ni tadi (dengan izin Allah SWT).
Salah satu doa yg ana jumpa ialah doa ayat penawar:
Berikut pula merupakan doa lain yg ana rasa elok diamalkan sekali:
Bagi yg ingin memohon perlindungan drpd penyakit2 yg 'berat', amalkanlah doa ini:
Berdoa merupakan amalan yg dituntut dalam Islam dan tidak ada tempat selain Allah SWT bagi kita hamba2-Nya yg lemah ini memohon pertolongan & perlindungan. Ini selaras dengan firman-Nya di dalam Ummul Kitab, Surah al-Fatihah (ayat 4):
Adapun kita sebagai makhluk-Nya perlulah memusatkan segala permintaan & pertolongan kpd Allah SWT Yang Maha Agung lagi Maha Pencipta. Cukuplah hanya Dia tempat kita sandarkan segala2nya.
Semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
Wallahua'lam...
Credit:
1) Google Image Search - Selawat Syifa
2) Info-
Dato' Ismail Kamus and Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009) Indahnya Hidup Bersyariat: Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Baru2 ni ada seorang sahabat ANA (ceeehh.. saja nak pkai pronoun Arab cket..hehe) mengadu sakit kaki. Dah lama da katanya sejak kat kolej lagi. So, dia pun pergila ke klinik tgk apa yg tak kena. Doktor cakap maybe sebab effect dia pernah jatuh dulu kat Kolej. Doktor pun bagi ubat & Alhamdulillah sakit pun berkurangan. Dah okay dah kecuali time nak sujud dalam solat je still sakit lagi katanya. Ana pun cakapla yg ana akan try cari doa2 yg manatahu leh ringankan sedikit sakit sahabat ana ni tadi (dengan izin Allah SWT).
Salah satu doa yg ana jumpa ialah doa ayat penawar:
Antara amalan2 yg perlu diikuti bersama doa ni adalah:
1) Baca Basmalah (1 kali)
2) Baca Selawat Syifa atau mana2 selawat (1 kali)
3) Baca doa di atas & hembuskan pada secawan air lalu diminum.
4) Diamalkan secara tetap & terus-menerus sebelum masuk tidur. InsyaAllah mujarab bagi segala penyakit di dalam badan seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, barah, etc.
![]() | ||||
Selawat Syifa |
Berikut pula merupakan doa lain yg ana rasa elok diamalkan sekali:
Bagi yg ingin memohon perlindungan drpd penyakit2 yg 'berat', amalkanlah doa ini:
Berdoa merupakan amalan yg dituntut dalam Islam dan tidak ada tempat selain Allah SWT bagi kita hamba2-Nya yg lemah ini memohon pertolongan & perlindungan. Ini selaras dengan firman-Nya di dalam Ummul Kitab, Surah al-Fatihah (ayat 4):
Maksudnya: 'Hanya pada Engkau sahajalah kami sembah dan hanya pada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan.'
Adapun kita sebagai makhluk-Nya perlulah memusatkan segala permintaan & pertolongan kpd Allah SWT Yang Maha Agung lagi Maha Pencipta. Cukuplah hanya Dia tempat kita sandarkan segala2nya.
Maksudnya: 'Cukuplah
untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya
Segala urusan kami)' [Surah Ali-Imran: ayat 173]
Semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
Wallahua'lam...
Credit:
1) Google Image Search - Selawat Syifa
2) Info-
Dato' Ismail Kamus and Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009) Indahnya Hidup Bersyariat: Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Friday, 24 February 2012
P*******E
The word 'Palestine' is now regarded as a dirty word by the BBC? Seriously? For goodness sake, it's a name of a country! A country that is being oppressed by the Zionist! This just shows how messed up the Western world is, thus indirectly proving the immense power that Zionism has on the media. May Allah save the Palestinian people from this ridiculous propaganda. Amin.
Credit:
Image - http://www.palestinepost.org/2011_01_31_archive.html
Fadhilat Surah al-Mulk
Assalamu'alaikum wbt...
Ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu.
Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Si Isteri :
“Assalamualaikum wbt..
Ustaz Maaf kerana Lari tajuk, saya ingin menanyakan tentang Fadhilat Sural Al-Mulk dan ini yang saya perolehi:
Yang menarik perhatian saya mengenai
surah Al-Mulk utk dibaca kerana fadhilatnya itu. Apa yang menjadi
kemusykilan saya kerana “Drpda Anas Ibnu Malik berkata: Nabi telah
bersabda “Sesungguhnya seseorang lelaki seblum kamu telah meninggal dan
tidak ada bersamanya sedikitpun daripda kitab ALLAH kecuali
“Tabaarakal Lazi”. Maka…… (p/s: untuk selbihnya sila beli buku Fadhilat
Amlaan Surah2x Utama terbitan AL- Falah..Harga RM3.)
Surah ini memberi keutamaan kepada
kaum adam sahajakah? Bagaimana dengan kaum hawa? Keredhaan Suami lebih
bagus ke ustaz @ Mendapat syafaat tersangat lah bagus?“
Sebenarnya, Ustaz Love sendiri agak
kabur dengan pertanyaan yang dikemukakan. Namun, ada baiknya Ustaz Love
jelaskan persoalan yg Ustaz Love faham.. takut nanti, Ustaz Love tak
faham soalan, orang yg baca 2x tak faham.. lepas tu nak sampaikan kepada
ahli keluarga, ahli keluarga pulak 3x tak faham.. kihkih

Ustaz Love tak dapat nak ulas berkenaan
hadis yg diberikan di atas, sbb hadisnya tak diberikan penuh dan ada
plak promo suruh beli kalau nak tahu selanjutnya. Harap sikap sebegini
tak diteruskan, sbb bila nak berkongsi sesuatu, kita kena berikan
sepenuhnya. Kalau nak promosi, buat cara promosi.. kalau nak tanya, buat
cara nak tanya.
Cuma, banyak hadis2 yang semaksud dengan
‘hadis sekerat’ di atas yang menceritakan tentang kelebihan atau
fadhilat membaca surah al-Mulk ini. Surah ini juga dikenali sebagai
surah Tabarakallazi sbb itu ayat permulaan surah ini. Nama panggilan tu
tak penting sangat, yg pentingnya kita memahami bahawa surah al-Mulk
atau Tabarakallazi adalah surah yg sama.
Nabi s.a.w. selalu mengamalkan membaca
surah as-Sajdah dan surah al-Mulk. Dan Nabi s.a.w. juga menyatakan
melalui lisan baginda yang mulia akan kelebihan membaca surah ini. Ini
menunjukkan betapa pentingnya surah ini diamalkan dalam kehidupan
seharian kerana adanya hadis yg menerangkan kelebihannya, serta Nabi
s.a.w. sendiri mengamalkannya.
Antara kelebihan yang diceritakan dalam
hadis adalah dengan mengamalkan surah al-Mulk ini, maka Allah akan
memelihara pembacanya daripada azab kubur dan surah itu akan menjadi
temannya serta memberi syafaat kepada pembacanya sehinggalah pembacanya
masuk ke dalam syurga. Bukan semata2 lelaki saja yg mendapat ganjaran
ini, sebaliknya wanita juga, bahkan khunsa (bukan pondan okeh..) juga
akan memperolehi ganjaran yg sama sekiranya banyak mengamalkan membaca
surah ini.
Boleh saja nak baca surah ini pada bila2
masa.. kalau hafal surah ni, lagi mudah nak baca.. tapi, benda yg mudah
ni, kadang2 menjadi susah bila tiada keinginan yg biasanya datang
daripada kurangnya keyakinan. Bila kita nampak ganjaran depan mata,
mufti dah kata haram pun, kita berusaha juga nak halalkannya (mcm kes forex).
Tapi perkara2 berkaitan fadhail amal (kelebihan amal) ini, memang susah
kita nak pujuk hati, sbb ganjarannya tak nampak di depan mata. Sebab
itulah, iman itu adalah keyakinan.. yakin pada perintah Allah dan sunnah
Nabi s.a.w. yg dikhabarkan melalui al-Quran dan hadis, walaupun ia tak
mampu difikirkan dengan logik akal dan tak nampak dek mata zahir. Sebab
itulah mereka2 yang yakin pada janji Allah ini (yakin dgn ganjaran drp
Allah) termasuk juga dalam kalangan mereka2 yg mempunyai iman yg
mantap.. kerana hanya mereka2 yg beriman kepada Allah saja yg akan
meyakini janji2Nya.
Namun, membaca surah ini saja tanpa
disertai dengan kewajipan2 yg lain tidaklah dapat menyelamatkan diri
kita, kerana setiap amalan itu berbeza tingkatannya. Tidaklah amalan
sunat itu akan dapat mengatasi kelebihan amalan yg fardhu, begitu juga
tidaklah meninggalkan amalan yg sunat itu mendatangkan dosa, sebaliknya
meninggalkan amalan yg fardhu itu dah tentu mendatangkan dosa. Macam
makanan juga.. kalau tiap2 pagi kita telan vitamin tanpa makan makanan
yg lain, maka vitamin itu tak mampu untuk memberi kesihatan kepada tubuh
badan (sekalipun dibuktikan melalui kajian sains yg ia memang
mendatangkan manfaat kepada tubuh).. kerana vitamin itu adalah makanan
tambahan, sedangkan kalau makanan asasi tak dimakan, nak tambah apanya?
Begitulah juga kisahnya kalau tiap2 malam kita baca surah al-Mulk, tapi
amalan fardhu spt solat tak ditunaikan, jadi amalan kita itu tak mampu
nak menyelamatkan kita di akhirat nanti.. sbb amalan fardhu itu adalah
amalan ruji yg kita kena buat mengikut tempoh dan masa yg ditetapkan.
Sebaiknya, baca surah ini bersama dengan
surah as-Sajdah sebelum tido. InsyaAllah, jika ditakdirkan kita tido
untuk selamanya (tak bangun2 dah), kita akan diselamatkan daripada azab
kubur.
Jadikanlah surah ini sebagai amalan
untuk dibaca setiap hari.. walaupun setakat baca satu surah yg pendek
ini, namun jika dilakukan secara istiqamah (berterusan) akan
menghasilkan natijah yang sangat hebat.
Jadi, lepas baca entry ni, terus gi amik
al-Quran.. baca dulu surah al-Mulk.. lepas baca surah tu, jangan lupa
berdoa.. doakan semoga Allah memberikan rahmat dan berkat dalam hidup di
dunia dan di akhirat kepada Ustaz Love

WA
Artikel asal:
Thursday, 23 February 2012
Kebijaksanaan Iyas bin Mu'awiyah
Assalamu'alaikum wbt...
Ini hanyalah sekadar perkongsian...
*********************************************************************************
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Iyas bin Mu'awiyah al-Muzani telah dipilih menjadi kadi iaitu hakim agung daerah Basrah. Beliau terkenal sebagai seorang hakim yg amat bijaksana.
Nama sebenarnya ialah Iyas bin Mu'awiyah bin Qurrah al-Muzani, lahir pada tahun 46H di daerah Yamamah, Najd. Kemudian beliau berpindah ke Basrah bersama seluruh ahli keluarganya. Di sanalah beliau membesar dan belajar. Beliau sering pergi ke Damsyik ketika masih remaja, untuk menimba ilmu daripada para sahabat yg mulia dan tokoh-tokoh tabiin yg masih hidup pada ketika itu.
Kecerdasan dan bakat hakim ini sebenarnya telah terserlah sejak kecil. Orang ramai sering membicarakan kehebatan dirinya ketikan beliau masih kanak-kanak. Telah diriwayatkan bahawa ketika masih kecil, beliau belajar ilmu Matematik di sebuah sekolah yg diajar oleh Yahudi ahli zimmah.
Pada suatu hari, berkumpullah teman-temannya daripada kalangan Yahudi itu, lalu mereka asyik membicarakan masalah agama mereka tanpa menyedari bahawa Iyas turut mendengarnya.
Guru Yahudi itu berkata kepada teman-teman Iyas: 'Tidakkah kalian hairan dengan orang Islam? Mereka berkata bahawa mereka akan makan di syurga sebanyak yg dikehendaki, namun tidak akan buang air besar.'
Kata-kata itu telah menyebabkan murid-murid Yahudi itu tergelak besar kerana guru itu telah memperbodohkan umat Islam.
Iyas lalu berkata: 'Bolehkah saya turut terlibat dalam perkara yg kalian bincangkan ini wahai guru?'
'Silakan!'
Iyas bertanya: 'Adakah semua makanan yg dimakan di dunia ini keluar menjadi najis dan kotoran yg keluar dari tubuh?'
Jawabnya: 'Tidak.'
Iyas bertanya lagi: 'Lantas ke mana pergi makanan yg tidak keluar itu?'
Guru mula terjerat dengan kebodohannya sendiri. Dia menjawab: 'Ia akan bertukar menjadi zat untuk jasmani.'
Iyas meneruskan soalannya: 'Lantas, mengapakah kalian mengingkari bahawa makanan itu boleh kekal dalam tubuh? Jika makanan yg kita makan di dunia sebahagiannya diserap oleh tubuh, maka tentulah tidak mustahil di syurga seluruhnya diserap oleh tubuh untuk menjadi zat jasmani.'
Merasai bahawa dia telah tewas oleh jawapan anak muridnya yg masih mentah itu, guru tersebut memberikan isyarat dengan tangannya sambil berkata kepada Iyas: 'Semoga Allah mematikan kamu sebelum dewasa.'
Semakin hari semakin tersohor kehebatan Iyas, sehinggakan ramai yg datang menziarahinya dari seluruh pelosok tempat unutk menyaksikan sendiri keluasan ilmu, kewarakan, dan kecerdasan beliau. Sebahagiannya ingin belajar dengannya, sementara yg lainnya ingin menguji dan ada pula yg hendak berdebat dengannya.
Pernah seorang bertaraf pemimpin kaum datang ke majlisnya. Beliau bertanya: 'Wahai Abu Wathilah (gelaran buat Iyas), apa pendapatmu tentang minuman yg memabukkan?'
Bagi orang soleh yg tinggi kedudukannya di sisi Allah SWT, Iyas telah diberikan firasat yg benar menyebabkannya merasakan bahawa pertanyaan lelaki itu hanya bertujuan untuk menguji dan seterusnya ingin menghinanya.
Dia menjawab dengan tegas: 'Haram!'
Pemimpin itu terus bertanya: 'Dari sisi manakah dikatakan haram, sedangkan ia buah dan air yg diperam. Kedua-duanya berasal daripada bahan yg halal.'
Iyas bertanya: 'Adakah engkau sudah selesai berbicara, wahai saudara, atau masih ada yg hendak kau tanyakan?'
Pemimpin itu berkata: 'Sudah, silakan!'
Iyas mengatakan: 'Seandainya kuambil air dan kusiramkan ke mukamu, apakah engkau berasa sakit?'
Jawab lelaki itu: 'Tidak!'
Iyas bertanya lagi: 'Jika kuambil segenggam pasir lalu kulemparkan kepadamu, adakah terasa sakit?'
Dia menjawab penuh yakin: 'Tidak!'
Iyas kemudian bertanya lagi: 'Sekarang, jika kuambil pasir, dicampurkan dengan sebekas air, lalu digaulkan. Adunan itu aku jemur sehingga kering, lalu akhirnya aku pukulkan pada kepalamu, adakah engkau berasa sakit?'
Lelaki itu terkejut lalu berkata: 'Tentulah, bahkan ia boleh membunuhku!'
Iyas menerangkan: 'Begitulah halnya dengan khamir iaitu arak. Apabila dikumpulkan bahagian-bahagiannya dan diolah menjadi minuman yg memabukkan, maka dia menjadi haram.'
Credit:
Image - http://imageshack.us/photo/my-images/74/islamclipart7cm0.jpg/
Story - Ustaz Hj. Zahazan Mohamed (2011) Iyas bin Mu'awiyah Mematahkan Hujah Guru Yahudi. Dalam Solusi: Isu Khas Sempena Ramadan dan Syawal, Isu No. 34. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
Ini hanyalah sekadar perkongsian...
*********************************************************************************

Nama sebenarnya ialah Iyas bin Mu'awiyah bin Qurrah al-Muzani, lahir pada tahun 46H di daerah Yamamah, Najd. Kemudian beliau berpindah ke Basrah bersama seluruh ahli keluarganya. Di sanalah beliau membesar dan belajar. Beliau sering pergi ke Damsyik ketika masih remaja, untuk menimba ilmu daripada para sahabat yg mulia dan tokoh-tokoh tabiin yg masih hidup pada ketika itu.
Kecerdasan dan bakat hakim ini sebenarnya telah terserlah sejak kecil. Orang ramai sering membicarakan kehebatan dirinya ketikan beliau masih kanak-kanak. Telah diriwayatkan bahawa ketika masih kecil, beliau belajar ilmu Matematik di sebuah sekolah yg diajar oleh Yahudi ahli zimmah.
Pada suatu hari, berkumpullah teman-temannya daripada kalangan Yahudi itu, lalu mereka asyik membicarakan masalah agama mereka tanpa menyedari bahawa Iyas turut mendengarnya.
Guru Yahudi itu berkata kepada teman-teman Iyas: 'Tidakkah kalian hairan dengan orang Islam? Mereka berkata bahawa mereka akan makan di syurga sebanyak yg dikehendaki, namun tidak akan buang air besar.'
Kata-kata itu telah menyebabkan murid-murid Yahudi itu tergelak besar kerana guru itu telah memperbodohkan umat Islam.
Iyas lalu berkata: 'Bolehkah saya turut terlibat dalam perkara yg kalian bincangkan ini wahai guru?'
'Silakan!'
Iyas bertanya: 'Adakah semua makanan yg dimakan di dunia ini keluar menjadi najis dan kotoran yg keluar dari tubuh?'
Jawabnya: 'Tidak.'
Iyas bertanya lagi: 'Lantas ke mana pergi makanan yg tidak keluar itu?'
Guru mula terjerat dengan kebodohannya sendiri. Dia menjawab: 'Ia akan bertukar menjadi zat untuk jasmani.'
Iyas meneruskan soalannya: 'Lantas, mengapakah kalian mengingkari bahawa makanan itu boleh kekal dalam tubuh? Jika makanan yg kita makan di dunia sebahagiannya diserap oleh tubuh, maka tentulah tidak mustahil di syurga seluruhnya diserap oleh tubuh untuk menjadi zat jasmani.'
Merasai bahawa dia telah tewas oleh jawapan anak muridnya yg masih mentah itu, guru tersebut memberikan isyarat dengan tangannya sambil berkata kepada Iyas: 'Semoga Allah mematikan kamu sebelum dewasa.'
Semakin hari semakin tersohor kehebatan Iyas, sehinggakan ramai yg datang menziarahinya dari seluruh pelosok tempat unutk menyaksikan sendiri keluasan ilmu, kewarakan, dan kecerdasan beliau. Sebahagiannya ingin belajar dengannya, sementara yg lainnya ingin menguji dan ada pula yg hendak berdebat dengannya.
Pernah seorang bertaraf pemimpin kaum datang ke majlisnya. Beliau bertanya: 'Wahai Abu Wathilah (gelaran buat Iyas), apa pendapatmu tentang minuman yg memabukkan?'
Bagi orang soleh yg tinggi kedudukannya di sisi Allah SWT, Iyas telah diberikan firasat yg benar menyebabkannya merasakan bahawa pertanyaan lelaki itu hanya bertujuan untuk menguji dan seterusnya ingin menghinanya.
Dia menjawab dengan tegas: 'Haram!'
Pemimpin itu terus bertanya: 'Dari sisi manakah dikatakan haram, sedangkan ia buah dan air yg diperam. Kedua-duanya berasal daripada bahan yg halal.'
Iyas bertanya: 'Adakah engkau sudah selesai berbicara, wahai saudara, atau masih ada yg hendak kau tanyakan?'
Pemimpin itu berkata: 'Sudah, silakan!'
Iyas mengatakan: 'Seandainya kuambil air dan kusiramkan ke mukamu, apakah engkau berasa sakit?'
Jawab lelaki itu: 'Tidak!'
Iyas bertanya lagi: 'Jika kuambil segenggam pasir lalu kulemparkan kepadamu, adakah terasa sakit?'
Dia menjawab penuh yakin: 'Tidak!'
Iyas kemudian bertanya lagi: 'Sekarang, jika kuambil pasir, dicampurkan dengan sebekas air, lalu digaulkan. Adunan itu aku jemur sehingga kering, lalu akhirnya aku pukulkan pada kepalamu, adakah engkau berasa sakit?'
Lelaki itu terkejut lalu berkata: 'Tentulah, bahkan ia boleh membunuhku!'
Iyas menerangkan: 'Begitulah halnya dengan khamir iaitu arak. Apabila dikumpulkan bahagian-bahagiannya dan diolah menjadi minuman yg memabukkan, maka dia menjadi haram.'
Credit:
Image - http://imageshack.us/photo/my-images/74/islamclipart7cm0.jpg/
Story - Ustaz Hj. Zahazan Mohamed (2011) Iyas bin Mu'awiyah Mematahkan Hujah Guru Yahudi. Dalam Solusi: Isu Khas Sempena Ramadan dan Syawal, Isu No. 34. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
Labels:
Dakwah,
Islam,
Life,
People,
Religion,
Sejarah Islam,
Sirah,
Sirah Nabawiyah
Wednesday, 22 February 2012
Saya nak A+!!!
Sumber gambar: Google
Tatkala
orang sibuk mengejar dunia. Tatkala orang sibuk mengejar A dalam semua subjek pelajaran, ramai yg
gagal dalam menyempurnakan agama mereka.
Mereka ingat dunia adalah segala2nya dan mereka kononnya tergolong dalam
kalangan bijak pandai, namun malang sekali mereka tidak faham konsep ‘awlawiyat’
dalam Islam. Yang harus & sunat
dikatakan wajib, yg wajib pula diketepikan.
Ibu bapa pula memberi penekanan dalam pelajaran anak2 mereka. Katakan sahaja subjek apa yg mereka lemah,
sudah pasti mereka sanggup berhabis ratusan malahan ribuan ringgit untuk
menghantar anak2 mereka ke kelas2 tambahan & membeli buku2 rujukan demi memperbaiki keputusan
peperiksaan mereka. Demi mendapat piala
penghargaan… demi mendapat segulung sijil yg belum tentu lagi boleh menjamin
syurga buat kita semua. Allah SWT takkan
tanya kita dapat apa dalam SPM. Allah
tidak akan tanya keputusan peperiksaan kita dalam Fizik, Kimia, Biologi, dan
Matematik Tambahan. Allah takkan tanya
itu semua, yg ditanya sejauh mana kita mendalami agama... sejauh manakah kita telah menegakkan agama Allah yakni Islam itu sendiri. Sesungguhnya dunia ini hanyalah
penuh dengan tipu daya semata2. Firman
Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 20:
ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ وَزِينَةٌ۬ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٌ۬ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِۖ كَمَثَلِ غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُ ۥ ثُمَّ يَہِيجُ فَتَرَٮٰهُ مُصۡفَرًّ۬ا ثُمَّ يَكُونُ حُطَـٰمً۬اۖ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنٌ۬ۚ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ
‘Ketahuilah
bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup
yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta
perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah
di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta
berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad
waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur)
menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian
tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau
melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah
diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi
golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan
besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan
akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.’
Kita
berebut nak dapatkan A dalam exam tapi pernahkah kita terfikir untuk
mendapatkan A dalam:
-
Akidah
-
Amalan
-
Akhlak
-
Al-Quran &
-
As-Sunnah?
Tepuk
dada, tanyalah iman masing2.
Wallahua’lam…
Tuesday, 21 February 2012
Cerpen: “Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga”
Assalamu'alaikum wbt,
Beberapa hari lepas, saya ada terbaca satu cerpen yg cukup menyayat hati. Dah bertahun lamanya tak baca karya2 Melayu. Lebih2 lagi yg ada unsur Islamik. Last sekali baca seingat saya time ngah tunggu result SPM dulu. Hik3... Tapi kali ini, sekali baca terus jatuh air mata jantan saya. Alahai, hilang macho. Lantakla, lelaki juga insan yg punya perasaan. Takkan robot pula? Maybe ramai yg dah membacanya... mungkin juga ada yg belum. Pada yg belum berkesempatan lagi, jom kita selami cerita cinta suci yg penuh tragis ini...
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.
Beberapa hari lepas, saya ada terbaca satu cerpen yg cukup menyayat hati. Dah bertahun lamanya tak baca karya2 Melayu. Lebih2 lagi yg ada unsur Islamik. Last sekali baca seingat saya time ngah tunggu result SPM dulu. Hik3... Tapi kali ini, sekali baca terus jatuh air mata jantan saya. Alahai, hilang macho. Lantakla, lelaki juga insan yg punya perasaan. Takkan robot pula? Maybe ramai yg dah membacanya... mungkin juga ada yg belum. Pada yg belum berkesempatan lagi, jom kita selami cerita cinta suci yg penuh tragis ini...
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya.
Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama
Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman
yang bermaksud akan masuk waktu solat.
Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang
tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”
Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.
Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi
imam?
Huh,lawak
antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu
lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok
tudung labuh pulak tu.
Okay,salah
aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi,
angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je
aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku
joli kan. Banyaknya salah aku.
Jadinya,abah
kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah
hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi,
abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah
suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab
ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari
duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang
dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm,saya
sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun
aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.
“saya
ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.
Aiman
tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa
sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau?
“abang,
dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60
dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
“abang..?”
Aiman tersedar.
“jom.”
Kunci kereta di atas meja di capai.
“saya
bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Aiman
hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
**************
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.
“abang,surau
belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang
diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman
masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman
melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak
kopiah ke? Songkok ke?
“err,Ira..”
Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali
dengar.
“ya?”
“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.
“jangan
risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak
pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.”
Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
***************
Malam
itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi
ceramah tentang solat.
“solat
itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”
Teringat
diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca.
– “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”
Aku
tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau
dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada
suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah
Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah?
Teringat
juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali
berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di
dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.
“..ingat!
aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau
buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu.
Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang!
Syahirah
memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman
dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah
dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki.
Aiman
yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya
terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman
ketawa.
“hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa.
“salah! Hj.Amran dekat Johor.”
“ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi.
“Syah mana?”
“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar
duduk di sebelahnya.
Cepat
sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga
tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang
Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.
“abang
buat apa?”
“tak
ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”
“tanya
apa?”
“er..kenapa
awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”
“sebab
Allah.”
Aiman
diam sebentar.
“tak
faham.”
“saya
buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada
apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
****************
Seminggu
berlalu….
“Abang,saya
tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu.
Terkejut
juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan
kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi
tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.
-
“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam
itu!”
Walaupun
ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi
amat terkesan dalam hati Aiman.
“macam
mana ni abang?” kata Syahirah sayu.
Aiman
menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama
belajar masak.”
“maaf
ya abang..”
Aiman
senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur.
Syahirah
rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu
je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa
laptop.
“abang
nak buat apa bawa laptop ke dapur?”
“belajar
masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening.
.
Syahirah
senyum. “huish masin.” Komen Syahirah.
Aiman
mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata
Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa.
“okay
lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman
pula.
“okay
apa..”
“is
okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur
je semua. Gulai sayur.”
“boleh
ke macam itu?”
“boleh
je.”
“okay..”
“dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap
pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau?
Ajak isterinya?
Huh, sejak bila jadi geng surau ni? Syahirah
senyum. Dah ada perubahanlah abah!
*************
“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru
selesai mengimami solat Maghrib itu.
Ustaz
itu menoleh. “ya?”
“saya
nak…”
“nak
apa?”
Aiman
malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.
“anak
nak apa?”
“saya
nak belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz
itu senyum.
“mari.”
Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu
Aiman di kereta.
.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.
“ustaz
kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya
senyum dan mengangguk.
“baguslah.
Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di
beri.
“Alhamdulillah
ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah
membuatkan Aiman terdiam.
“Alhamdulillah,
semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.”
“terima
kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.
“baiklah,
saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
*****************
Aiman
duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas
bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya
abang pergi..” Aiman tersedar.
“hmm,seminggu
je.”
Ya,dia
kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk
belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya
dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam
keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan
isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik
mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia
berubah.!
“seminggu
tu lama tauu..” lirih Syahirah.
“pejam
celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau
pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya
itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang
Syahirah.
“apa
awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah
ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.”
Aiman
diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.”
Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti
kurang pahala.”
.
Sudah
dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir
sahaja.
Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa
hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon
isterinya. Salam
berbalas.
“awak
sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.
Syahirah
bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu
saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk
rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya
senyum mendengar coleteh si isteri.
“..ha,
lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi
mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan
sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah
mengalir.
Aiman
terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak
nangis ke?” Diam lagi.
“awak,
saya…”
Syahirah
memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka.
“ abang sihat tak?”
“Alhamdulillah sihat.” Diam.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah
Al-Mulk” pesan Syahirah.
“baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum
tidur..” Aiman ketawa.
“next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi,
solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk.
“lagi?”
“..selalu beristigfar”
“okay. Lagi?”
“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.”
“alright, next?”
“sentiasa berselawat.”
“okay.”
“abang ni last.”
“apa dia tu?” soal Aiman lembut.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman
senyap sekejap.
“sure.”
***************
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di
hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya.
Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.
“Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah
bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt
kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada
sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.
“er,,awak
pandang apa?” Syahirah tersentak.
“eh,
tak.. abang nampak lain.”
“apa
yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
“oh..”
jawab Aiman dan menarik kopiahnya.
“jom
masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa
sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh
ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun
rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak
pernah rasa selesa dan tenang.
“abang
nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya.
Aiman
menyambut. “thanks.”
“abang,
nak tahu tak?” dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu.
“hmm?”
Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan
banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.
“ada
sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman.
“oh,
apa benda tu?”
“oh..”
gelas di letak di atas meja.
“kenapa
dengan cerita tu?”
“best.”
Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman
masih lagi melayan. “ apa yang best?”
“lagu.”
Ek..
“oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman
berbual mengenai drama Indonesia.
“best
jugak tapi sedih.”
“kenapa?”
“entah.
Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu
apa?”
“tajuknya
Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya
di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
.
.
Aiman
hanya memerhati.
“
.. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm,
awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.”
Ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
-
Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu -
“saya
baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh
dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini
cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg
sempurna Di bawah kolong langit ini
“Abang
kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika.
Huh,
lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.”
-
Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh
harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan -
Kedua-dua
mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan
tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya.
Khusyuk melayan lagu.
–
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus
berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… -
Aiman
tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh
ke kiri. Syahirah dah tidur.
“eeerr..
awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.
“awak…bangun.
Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya.
“abang
saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni.
“awak,
dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah
Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman
teragak-agak.
“oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.”
Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik.
“abang.”
Langkah
Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan
rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan.
“sure.”
*************
“abang,
saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada
dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi.
“..nanti
jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman
hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku
Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan
dalam kedai buku itu.
“ada
boleh saya bantu encik?”
“hm,
ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”
“maaf
encik tiada stok.” Aiman senyum paksa.
“okay.
Thanks.”
Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni.
Tiba-tiba,
Syahirah datang.
“
abang tak beli apa-apa?”
“tak.
Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.
“tadaaa…
nanti kita try dekat rumah ok?”
“okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka
telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.
“wah,romantiknya mereka!”
“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami
yang punya lah handsome dan baik!”
“mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”
“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”
“sweet
kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just
pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang
tangan”
“superb!
Romantic!”
“kan
Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan
yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang
jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.”
**************
Aiman
sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari
itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.
“abang..”
sapa Syahirah manja.
Aiman
senyum. “kenapa?”
“nah..”
Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.
“birthday
saya rasanya belum lagi..”
“abang
buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk
bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah
nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan.
Setelah
Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.
“subhanaALLAH,
tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ –
isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di
perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil
tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja
yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat.
Aiman senyum. Dia
meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke
tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan
tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia
seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis.
*****************
“Aiman!!
Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya
tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak
banyak cakap.
Selepas
pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.
“kamu
dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun
syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat
Aiman.
“abah,
ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”
Dato
Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?”
“Abah..”
“dah!
Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni!
“ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.
“abah,
saya tak da duit banyak tu.”
“abah
tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat
itu. Terduduk Aiman. Ya Allah…
.
tiba-tiba
telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.”
Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam,
weh Aiman. Kau
balik rumah kau sekarang.!”
“er,
kenapa along?”
“kau
balik je!” Tersentap
Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini
datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman
mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta
isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah.
Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah
menyuruhnya membawa kereta dia.
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat
sini..” rayu
Syahirah.
“eh,
kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.”
“hah,
sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya
tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.
“kenapa
along?”
“aku
nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah
yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi
kenapa?”
“kenapa
kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana
kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!”
herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.
“along
tak boleh buat macam ni..”
“apa
tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi
kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”
“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah
yang tadi berair mata membela Aiman.
“kau
diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir
menarik tangan Syahirah.
Syahirah
sedaya upaya menarik kembali tangannya.
“saya
tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi,
Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!”
Marah Syahir lagi.
Ya
Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah
isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa
dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!
“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta
pertolongan Aiman.
“saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.”
Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air
mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….”
Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk.
Ya Allah beratnya dugaan-MU…
****************
Aiman
baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia
tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat
duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu
telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.
Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..”
Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..”
“sampai..
sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…”
“tak ada istilah senang kalau saya kene
tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.”
“awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara
serak Syahirah berbicara lagi.
“abang…
biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap.
“abang,tolonglah
abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya
mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang
menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong
jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang
tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….
“abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba
abang baca..”
Rasulullah
saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap
hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah
engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
Aiman
beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang
betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.
“abang,
tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.”
“tapi
abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along
hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya
diam.
“istikharahlah
abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak
berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……
***************
Nasihat
Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1)
Jujur dalam berkata-kata.
2)
Menjauhi segala yang haram.
3)
Merendahkan diri.
Wahai
Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1)
Merahsiakan ibadahnya
2)
Merahsiakan sedekahnya.
3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai
Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1)
Takut berlaku dusta dan keji.
2)
Menjauhi kejahatan.
3)
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai
Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1)
Mengawasi dirinya.
2)
Menghisab dirinya.
3)
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..”
Aiman menoleh.
“waalaikumsalam,
eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.
“baca
artikel apa itu?”
“Nasihat
Rasulullah pada Ali.”
“oh,
Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman
senyum.
“tenang
duduk dekat masjid ni.”
“Dah
nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap.
“hm,dia
balik kampung.”
“oh..eh,
ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.”
Aiman
menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.
Yakin
pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah
adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian
walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda
sayang-Nya….
Terkedu
Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau
dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang
perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat
projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak
tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi
itu dulu… sekarang lain…
.
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman
membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to
voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms).
Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam,
Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas
beberapa minit.
Syarikat
abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah
ada projek yang masuk. – Aiman
Solat
Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa
dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman
senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
*************
“Assalammualaikum,
abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam.
Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya…
saya..” tak terluah oleh kata-kata.
“Aiman,
abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video.
Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.”
“terima
kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang
yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan
di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu
adiknya Syahirah itu hidup melarat.
Matanya
tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian,
abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat
melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai
seorang suami.
Astarfiruallahalazim.
*************
Erat
Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji
Amran hanya senyum melihat mereka.
“abang
please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu
mengesat air mata Syahirah.
“shhtt,
abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah
mengangguk dan memandang abi dan uminya.
“jaga
dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.
“terima
kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu.
Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dengan
alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.
“kami
balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti
Syahirah.
“Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
.
“saya
sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk
pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya
pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang.
“Ira…”
panggil Aiman.
“ya?”
Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.”
“thanks untuk apa?”
“sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah
ketawa kecil.
“bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.”
“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang
ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah
tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus
memandu.
“thanks lagi sekali.”
Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.”
“mana
Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di
kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan
barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur
Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah, hanya dia dan Allah yang
tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana
awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“hm,rezeki
Allah.”
“dari
mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.
“abang,
jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke
arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal
tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita
dan ketawa.
.
Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut.
Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman
terus menerpa ke arahnya.
“awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat
darah itu. Syahirah
senyum.
“biasalah
ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita
pergi klinik.” Syahirah dah pening.
“tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”
“no…
nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di
kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat.
“abang
ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak
buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu.
Sebak
tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
**************
“abang,
bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.
“..Encik
Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah
menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang..
bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm,
kenapa sayang?”
“abang,
jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk
menghadap Syahirah.
“dah
pukul berapa?”
“hmm,
4.30 pagi.”
“jom.”
Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke
pondok agama hari itu.
“..sayang
ambil wudhuk dulu..”
“okay.”
.
Sebelum
turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.
“mimpi
ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah
hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa
Aiman bersalaman dengan Syahirah.
“abang,saya
nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.”
Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas
solat.
“..halalkan
semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya.
“abang
pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal
juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.
“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang
soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”
Syahirah geleng.
“boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah
je. Letihlah.” Aiman mengangguk.
“oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan
senyum.
“sayang awak juga.”
************
Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah
selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang
mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus
dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan
bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu.
Dia berlari ke dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah
berlimpahan. Isterinya.
“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang
menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang
kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang
mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat
bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang
yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.
“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah
itu. Entah
macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu.
“ha,
ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam
rumahnya.
“bukan
saya.”
“dah
bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.
“bukan
saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.
“Abah!
Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya
hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.
“kalau
kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.
“bukan
Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman
memandang abi,umi dan alongnya.
“abi,
bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.
“sedangkan
orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh
adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman
cuba meronta.
“bukan
saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”
“cepat
bawa dia!” arah alongnya.
Ya
Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa
dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh
tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah………
*************
Haji
Amran melawat menantunya di penjara.
“abi..percayalah
saya..” Haji Amran senyum.
“sabar
Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..”
“abi,
macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak
dadanya.
“abi
kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa.
“bersabarlah
Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.”
Haji Amran bangun dari kerusi itu.
“abi,
jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah
mertuanya tidak menjawab soalan.
“abi,
kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa.
Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman
mendengar kata-kata abinya itu.
Ya
Allah, hamba tak kuat…..
“abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba
abang baca..”
Rasulullah
saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap
hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah
engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
“Encik,saya
nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang
dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya
Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca
Al-Quran.
‘Al-Quran,
the love letter from Allah’ – isterimu.
Air
matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu
dengan air matanya.
Allah…
Belajar
DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar
KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar
KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu
KETENTUAN..
***************
“Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat
wajah menantunya itu.
“bebas
juga saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah,
Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup
kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya
Allah.
“abi,
jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya
mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke
umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang
jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak
bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman
terkejut. “abi, kenapa di sini?”
“turun
dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran.
Aiman
hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang.
Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk
menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor.
Perlahan
Aiman melangkah ke arah bilik itu.
“maaf,
dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman
menghampiri katil itu.
“barah
hatinya dah kriktikal, effect. Dia
tak dapat nak survive. Bersabarlah.”
Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya
Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di
atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi
isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah.
Ya
Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!”
jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
“sabar
Aiman…bawa mengucap.”
“bukan
Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman.
“dah
di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan
dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya
itu.
Sakit.
Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah……….
Air
mata lelakinya deras mengalir.
************
“lagu
apa?”
“tajuknya
Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya
di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati.
“
.. haa, nah..”dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm,
awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita
dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.
“ok.”
Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk
di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
“Abang
kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak
nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.”
kenapa harus begini…..
Aiman
menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya
di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah
pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah
dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat.Waktu
itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di
sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan.
Akhirnya,
dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk
isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil
dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di
villa mereka.
“Aiman,
nak pergi mana?” Dia senyum.
“ma..”
Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu.
“nak
keluar.”
“pergi
mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula.
“hm,
pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
**********
Aiman
meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar
dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk.
Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca
Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.”
Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.”
“anak
musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah
malam.
“saya
ingat nak tidur sinilah pak cik.”
“oh,
kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu
juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran
itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan
badannya.
“Abang
jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.
“baik
sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.
“lagi?”
“er..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”
Aiman
menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia.
Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang.
“Sayang..”
Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung.
“sayang..”
Aiman menggenggam tangan Syahirah.
“jangan
tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik
tangan Aiman agar mengikutinya.
*************
Lemah
lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka
bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu.
“tu
lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.”
Sebak Dato Rahimi mendengar.
“terkejut
saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak
bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.”
Mengalir
air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya
di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum –
alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita
boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan
dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat
mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita?
wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti.
Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau
di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau
akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha
menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.
wallahua’lam…
Credit:
Artikel ini admin ambil dari Facebook Page; Indahnya
Cinta Allah. Ada
sesiapa tahu siapa penulis asalnya? Tolong maklumkan kepada kami untuk
dikreditkan.. Terima Kasih:)
________________________________________________________
Cinta yg Hakiki hanyalah kpd Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa...
Semoga kita bersama org yg kita kasihi di syurga nanti... InsyaAllah.
Wassalam...
-Rashidi-
Subscribe to:
Posts (Atom)