Tuesday 10 April 2012

Coretan Terakhir

Kusangkakan panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengah hari... 

Adapun semalam kita bergurau senda. 
Penuh saja dengan hilai tawa, 
Seakan2 tak akan lekang senyuman pada bibirnya.
Namun, tika ini kita berduka, hati bermuram durja.
Bilamana mendengar khabar berita
Bahawa Sang Pemilik datang menuntut haknya.


Bersabarlah wahai manusia. 
Hidup ini hanyalah sementara.
Tiap yg hidup pasti kan tiada.
Namun akhirat itu kan kekal selamanya.

Kepada sahabatku, takziah di atas permergian ayahmu. Semoga rohnya dilimpahi rahmat dan berada dalam kalangan orang2 yg soleh. Amin...  InsyaAllah.

Semoga dikau dan keluarga tabah menghadapi semua ini... Adapun Allah SWT itu lebih menyayanginya drpd kita semua...


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[Al-Baqarah: 156]


6 comments:

  1. sungguh, kehilangan itu sakit. semoga, dirinya, diri kita, mahupun diri mereka sentiasa tabah dalam perjuangan ni. insyaAllah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teramatlah sakit. Semoga kesakitan itulah dpt mengajar kita utk terus bangun n terus-menerus sujud kepadaNya.

      Delete
  2. salam takziah.. semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah..

    ReplyDelete