Friday 24 February 2012

Fadhilat Surah al-Mulk

Assalamu'alaikum wbt...

Ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu.  



Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Si Isteri :

Assalamualaikum wbt..

Ustaz Maaf kerana Lari tajuk, saya ingin menanyakan tentang Fadhilat Sural Al-Mulk dan ini yang saya perolehi:

Yang menarik perhatian saya mengenai surah Al-Mulk utk dibaca kerana fadhilatnya itu. Apa yang menjadi kemusykilan saya kerana “Drpda Anas Ibnu Malik berkata: Nabi telah bersabda “Sesungguhnya seseorang lelaki seblum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripda kitab ALLAH kecuali “Tabaarakal Lazi”. Maka…… (p/s: untuk selbihnya sila beli buku Fadhilat Amlaan Surah2x Utama terbitan AL- Falah..Harga RM3.)

Surah ini memberi keutamaan kepada kaum adam sahajakah? Bagaimana dengan kaum hawa? Keredhaan Suami lebih bagus ke ustaz @ Mendapat syafaat tersangat lah bagus?
 
Sebenarnya, Ustaz Love sendiri agak kabur dengan pertanyaan yang dikemukakan. Namun, ada baiknya Ustaz Love jelaskan persoalan yg Ustaz Love faham.. takut nanti, Ustaz Love tak faham soalan, orang yg baca 2x tak faham.. lepas tu nak sampaikan kepada ahli keluarga, ahli keluarga pulak 3x tak faham.. kihkih :D 

Ustaz Love tak dapat nak ulas berkenaan hadis yg diberikan di atas, sbb hadisnya tak diberikan penuh dan ada plak promo suruh beli kalau nak tahu selanjutnya. Harap sikap sebegini tak diteruskan, sbb bila nak berkongsi sesuatu, kita kena berikan sepenuhnya. Kalau nak promosi, buat cara promosi.. kalau nak tanya, buat cara nak tanya.

Cuma, banyak hadis2 yang semaksud dengan ‘hadis sekerat’ di atas yang menceritakan tentang kelebihan atau fadhilat membaca surah al-Mulk ini. Surah ini juga dikenali sebagai surah Tabarakallazi sbb itu ayat permulaan surah ini. Nama panggilan tu tak penting sangat, yg pentingnya kita memahami bahawa surah al-Mulk atau Tabarakallazi adalah surah yg sama.

Nabi s.a.w. selalu mengamalkan membaca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk. Dan Nabi s.a.w. juga menyatakan melalui lisan baginda yang mulia akan kelebihan membaca surah ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya surah ini diamalkan dalam kehidupan seharian kerana adanya hadis yg menerangkan kelebihannya, serta Nabi s.a.w. sendiri mengamalkannya.

Antara kelebihan yang diceritakan dalam hadis adalah dengan mengamalkan surah al-Mulk ini, maka Allah akan memelihara pembacanya daripada azab kubur dan surah itu akan menjadi temannya serta memberi syafaat kepada pembacanya sehinggalah pembacanya masuk ke dalam syurga. Bukan semata2 lelaki saja yg mendapat ganjaran ini, sebaliknya wanita juga, bahkan khunsa (bukan pondan okeh..) juga akan memperolehi ganjaran yg sama sekiranya banyak mengamalkan membaca surah ini.

Boleh saja nak baca surah ini pada bila2 masa.. kalau hafal surah ni, lagi mudah nak baca.. tapi, benda yg mudah ni, kadang2 menjadi susah bila tiada keinginan yg biasanya datang daripada kurangnya keyakinan. Bila kita nampak ganjaran depan mata, mufti dah kata haram pun, kita berusaha juga nak halalkannya (mcm kes forex). Tapi perkara2 berkaitan fadhail amal (kelebihan amal) ini, memang susah kita nak pujuk hati, sbb ganjarannya tak nampak di depan mata. Sebab itulah, iman itu adalah keyakinan.. yakin pada perintah Allah dan sunnah Nabi s.a.w. yg dikhabarkan melalui al-Quran dan hadis, walaupun ia tak mampu difikirkan dengan logik akal dan tak nampak dek mata zahir. Sebab itulah mereka2 yang yakin pada janji Allah ini (yakin dgn ganjaran drp Allah) termasuk juga dalam kalangan mereka2 yg mempunyai iman yg mantap.. kerana hanya mereka2 yg beriman kepada Allah saja yg akan meyakini janji2Nya.

Namun, membaca surah ini saja tanpa disertai dengan kewajipan2 yg lain tidaklah dapat menyelamatkan diri kita, kerana setiap amalan itu berbeza tingkatannya. Tidaklah amalan sunat itu akan dapat mengatasi kelebihan amalan yg fardhu, begitu juga tidaklah meninggalkan amalan yg sunat itu mendatangkan dosa, sebaliknya meninggalkan amalan yg fardhu itu dah tentu mendatangkan dosa. Macam makanan juga.. kalau tiap2 pagi kita telan vitamin tanpa makan makanan yg lain, maka vitamin itu tak mampu untuk memberi kesihatan kepada tubuh badan (sekalipun dibuktikan melalui kajian sains yg ia memang mendatangkan manfaat kepada tubuh).. kerana vitamin itu adalah makanan tambahan, sedangkan kalau makanan asasi tak dimakan, nak tambah apanya? Begitulah juga kisahnya kalau tiap2 malam kita baca surah al-Mulk, tapi amalan fardhu spt solat tak ditunaikan, jadi amalan kita itu tak mampu nak menyelamatkan kita di akhirat nanti.. sbb amalan fardhu itu adalah amalan ruji yg kita kena buat mengikut tempoh dan masa yg ditetapkan.

Sebaiknya, baca surah ini bersama dengan surah as-Sajdah sebelum tido. InsyaAllah, jika ditakdirkan kita tido untuk selamanya (tak bangun2 dah), kita akan diselamatkan daripada azab kubur.
Jadikanlah surah ini sebagai amalan untuk dibaca setiap hari.. walaupun setakat baca satu surah yg pendek ini, namun jika dilakukan secara istiqamah (berterusan) akan menghasilkan natijah yang sangat hebat.

Jadi, lepas baca entry ni, terus gi amik al-Quran.. baca dulu surah al-Mulk.. lepas baca surah tu, jangan lupa berdoa.. doakan semoga Allah memberikan rahmat dan berkat dalam hidup di dunia dan di akhirat kepada Ustaz Love ;) 

WA

Artikel asal:

2 comments:

  1. Assalamualaikum, terima kasih..

    *(^_~)*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt... Sama2...Semoga mendapat manfaat. ^__^

      Delete