Tuesday, 21 September 2010

Niat...

As what has been promised before this, I'll share a hadith with you guys today.  Dan hadis pada hari ni adalah merupakan hadis yg sangat popular dalam kalangan masyarakat kita pd umumnya.  Even budak2 kecik pun dah leh paham konsep hadis ni...Hadis ni, tak lain tak bukan adalah berkisarkan tentang niat yakni permulaan kpd segala amalan.

Drpd Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.  Setiap org dinilai dgn niatnya.  Sesiapa yg berhijrah kpd Allah & Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah & Rasul-Nya.  Sesiapa yg berhijrah utk mndapatkn dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan Hijrah itu."
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Penjelasan
  • Amalan hanya diambil kira jika disertai dgn niat.  Apa yg dimaksudkn dgn amalan ialah segala perkataan & perbuatan yg dilakukan oleh mukallaf sama ada fardhu atau sunat...sedikit mahupun banyak.
  • Hijrah pula ialah meninggalkn sesuatu kpd sesuatu yg lain yakni dlm syarak, meninggalkn larangan Allah s.w.t..
(Tuhfah al-Ahwazi)
Sumber: 300 Hadis Bimbingan karya Ustaz Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd. Nazam (2007). M/s 2&3. KL: Telaga Biru.

Saya akan cuba kongsikn hadis-hadis drpd pelbagai tajuk seperti amal, solat, puasa, etc... So, Insya-Allah, setiap hadis yg dikongsikn akan menyentuh tajuk2 yg berbeza.  Maafkan sy seandainya terdapat kesilapan & kekurangan di dalam apa yg sy cuba kongsikan & juga kerana tidak dapat memasukkan versi original hadis dalam bahasa Arab kat sini.  Sesungguhnya Allah sahajalah yg Maha Mengetahui dan sy ini cumalah insan yg lemah & hina disisi-Nya. Wassalam...

No comments:

Post a Comment