Alhamdulillah...
Hari ini adalah hari ke-2 aku berpuasa dalam bulan Syawal. Hopefully, Allah SWT will give me the opportunity and the strength to fast again tomorrow. Amin...
Alhamdulillah...
Aku bersyukur kerana pagi tadi aku telah dibangkitkan drpd 'mati kecil'. Bayangkan seandainya aku telah benar2 terlelap buat selama2nya, mesti aku akan rasa menyesal kerana aku tahu amalan ku masih belum cukup lagi untuk menyelamatkan aku drpd azab & seksaan di akhirat kelak. Nauzubillahhiminzalik...
Alhamdulillah...
Aku rasa bertuah kerana mempunyai rakan2 yang sentiasa memberi sokongan & dorongan kepada ku selama ini. Dalam senang ataupun susah, mereka sentiasa membimbing aku. Jika aku hanyut dalam lautan yg bergelora, mereka ada untuk menyelamatkan aku. Walaupun agak susah untuk mencari sahabat yg sejati, namun aku percaya tetap akan ada satu di dalam seribu. InsyaAllah...
Alhamdulillah...
Sudah berbulan lamanya aku tidak merasakan nikmat solat fardhu berjemaah. Maksud aku, solat fardhu 5 waktu sehari & semalam. Sebentar tadi, sahabatku Nizam menziarahiku. Ku sambut kehadirannya dgn hidangan kuih raya dan segelas air Robinson. Walaupun agak simple tapi at least aku cuba untuk meraikan beliau. Pelbagai topik yg kami bicarakan. Dari permainan video hinggalah mengenai junior2 kami yg bakal menyertai kami di Kg. Marjon ini tidak lama lagi. Sedang asyik bercerita, tiba2 suara azan berkumandang dari corong laptop aku. Telah masuk waktu Isyak rupanya. Aku pun mengajak beliau utk solat berjemaah bersama. Waaaahh... sungguh seronok dpt bersama2 menegakkan tiang agama. The feeling is just indescribable...Sudah terlalu lama aku tidak merasakan perasaan seperti itu. Nizam, terima kasih kerana sudi mengunjungi ku di 'teratak' kecil ku ini. Ku amat menghargainya.
Alhamdulillah...
Ini merupakan entry yg ke-2 di dalam blog ini. Nampaknya, telah ada peningkatan. Ini suatu kebanggaan buat diriku kerana aku tidak pernah menghabiskan masa menulis sesuatu selain daripada memenuhi tuntutan2 akademik. Aku kena raikan kejayaan ini. Mungkin dengan bermain FIFA 10 di Xbox 360 slim ku yg baru? Hurm...*tersengih*...
Thanks for reading guys. InsyaAllah, I'll write again tomorrow. Assalamualaikum wbt...Peace be upon you...
Amin....
ReplyDelete