Assalamu'alaikum wbt,
Beberapa hari lepas, saya ada terbaca satu cerpen yg cukup menyayat hati. Dah bertahun lamanya tak baca karya2 Melayu. Lebih2 lagi yg ada unsur Islamik. Last sekali baca seingat saya time ngah tunggu result SPM dulu. Hik3... Tapi kali ini, sekali baca terus jatuh air mata jantan saya. Alahai, hilang macho. Lantakla, lelaki juga insan yg punya perasaan. Takkan robot pula? Maybe ramai yg dah membacanya... mungkin juga ada yg belum. Pada yg belum berkesempatan lagi, jom kita selami cerita cinta suci yg penuh tragis ini...
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya.
Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama
Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman
yang bermaksud akan masuk waktu solat.
Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang
tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”
Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.
Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi
imam?
Huh,lawak
antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu
lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok
tudung labuh pulak tu.
Okay,salah
aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi,
angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je
aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku
joli kan. Banyaknya salah aku.
Jadinya,abah
kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah
hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi,
abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah
suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab
ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari
duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang
dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm,saya
sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun
aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.
“saya
ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.
Aiman
tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa
sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau?
“abang,
dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60
dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
“abang..?”
Aiman tersedar.
“jom.”
Kunci kereta di atas meja di capai.
“saya
bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Aiman
hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
**************
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi
perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.
“abang,surau
belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang
diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman
masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman
melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak
kopiah ke? Songkok ke?
“err,Ira..”
Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali
dengar.
“ya?”
“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.
“jangan
risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak
pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.”
Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
***************
Malam
itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi
ceramah tentang solat.
“solat
itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”
Teringat
diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca.
– “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”
Aku
tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau
dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada
suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah
Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah?
Teringat
juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali
berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di
dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.
“..ingat!
aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau
buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu.
Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang!
Syahirah
memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman
dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah
dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki.
Aiman
yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya
terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman
ketawa.
“hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa.
“salah! Hj.Amran dekat Johor.”
“ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi.
“Syah mana?”
“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar
duduk di sebelahnya.
Cepat
sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga
tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang
Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.
“abang
buat apa?”
“tak
ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”
“tanya
apa?”
“er..kenapa
awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”
“sebab
Allah.”
Aiman
diam sebentar.
“tak
faham.”
“saya
buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada
apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
****************
Seminggu
berlalu….
“Abang,saya
tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu.
Terkejut
juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan
kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi
tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.
-
“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam
itu!”
Walaupun
ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi
amat terkesan dalam hati Aiman.
“macam
mana ni abang?” kata Syahirah sayu.
Aiman
menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama
belajar masak.”
“maaf
ya abang..”
Aiman
senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur.
Syahirah
rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu
je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa
laptop.
“abang
nak buat apa bawa laptop ke dapur?”
“belajar
masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening.
.
Syahirah
senyum. “huish masin.” Komen Syahirah.
Aiman
mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata
Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa.
“okay
lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman
pula.
“okay
apa..”
“is
okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur
je semua. Gulai sayur.”
“boleh
ke macam itu?”
“boleh
je.”
“okay..”
“dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap
pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau?
Ajak isterinya?
Huh, sejak bila jadi geng surau ni? Syahirah
senyum. Dah ada perubahanlah abah!
*************
“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru
selesai mengimami solat Maghrib itu.
Ustaz
itu menoleh. “ya?”
“saya
nak…”
“nak
apa?”
Aiman
malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.
“anak
nak apa?”
“saya
nak belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz
itu senyum.
“mari.”
Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu
Aiman di kereta.
.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri
bersama seorang lelaki separuh umur.
“ustaz
kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya
senyum dan mengangguk.
“baguslah.
Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di
beri.
“Alhamdulillah
ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah
membuatkan Aiman terdiam.
“Alhamdulillah,
semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.”
“terima
kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.
“baiklah,
saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
*****************
Aiman
duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas
bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya
abang pergi..” Aiman tersedar.
“hmm,seminggu
je.”
Ya,dia
kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk
belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya
dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam
keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan
isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik
mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia
berubah.!
“seminggu
tu lama tauu..” lirih Syahirah.
“pejam
celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau
pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya
itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang
Syahirah.
“apa
awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah
ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.”
Aiman
diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.”
Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti
kurang pahala.”
.
Sudah
dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir
sahaja.
Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa
hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon
isterinya. Salam
berbalas.
“awak
sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.
Syahirah
bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu
saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk
rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya
senyum mendengar coleteh si isteri.
“..ha,
lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi
mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan
sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah
mengalir.
Aiman
terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak
nangis ke?” Diam lagi.
“awak,
saya…”
Syahirah
memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka.
“ abang sihat tak?”
“Alhamdulillah sihat.” Diam.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah
Al-Mulk” pesan Syahirah.
“baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum
tidur..” Aiman ketawa.
“next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi,
solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk.
“lagi?”
“..selalu beristigfar”
“okay. Lagi?”
“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.”
“alright, next?”
“sentiasa berselawat.”
“okay.”
“abang ni last.”
“apa dia tu?” soal Aiman lembut.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman
senyap sekejap.
“sure.”
***************
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di
hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya.
Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.
“Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah
bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt
kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada
sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.
“er,,awak
pandang apa?” Syahirah tersentak.
“eh,
tak.. abang nampak lain.”
“apa
yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
“oh..”
jawab Aiman dan menarik kopiahnya.
“jom
masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa
sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh
ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun
rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak
pernah rasa selesa dan tenang.
“abang
nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya.
Aiman
menyambut. “thanks.”
“abang,
nak tahu tak?” dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu.
“hmm?”
Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan
banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.
“ada
sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman.
“oh,
apa benda tu?”
“oh..”
gelas di letak di atas meja.
“kenapa
dengan cerita tu?”
“best.”
Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman
masih lagi melayan. “ apa yang best?”
“lagu.”
Ek..
“oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman
berbual mengenai drama Indonesia.
“best
jugak tapi sedih.”
“kenapa?”
“entah.
Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu
apa?”
“tajuknya
Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya
di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
.
Aiman
hanya memerhati.
“
.. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm,
awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.”
Ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
-
Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu -
“saya
baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh
dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini
cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg
sempurna Di bawah kolong langit ini
“Abang
kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika.
Huh,
lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.”
-
Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh
harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan -
Kedua-dua
mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan
tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya.
Khusyuk melayan lagu.
–
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus
berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… -
Aiman
tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh
ke kiri. Syahirah dah tidur.
“eeerr..
awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.
“awak…bangun.
Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya.
“abang
saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni.
“awak,
dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah
Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman
teragak-agak.
“oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.”
Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik.
“abang.”
Langkah
Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan
rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan.
“sure.”
*************
“abang,
saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada
dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi.
“..nanti
jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman
hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku
Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan
dalam kedai buku itu.
“ada
boleh saya bantu encik?”
“hm,
ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”
“maaf
encik tiada stok.” Aiman senyum paksa.
“okay.
Thanks.”
Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni.
Tiba-tiba,
Syahirah datang.
“
abang tak beli apa-apa?”
“tak.
Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.
“tadaaa…
nanti kita try dekat rumah ok?”
“okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka
telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.
“wah,romantiknya mereka!”
“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami
yang punya lah handsome dan baik!”
“mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”
“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”
“sweet
kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just
pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang
tangan”
“superb!
Romantic!”
“betul-betul.”
**************
Aiman
sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari
itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.
“abang..”
sapa Syahirah manja.
Aiman
senyum. “kenapa?”
“nah..”
Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.
“birthday
saya rasanya belum lagi..”
“abang
buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk
bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah
nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan.
Setelah
Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.
“subhanaALLAH,
tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ –
isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di
perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil
tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja
yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat.
Aiman senyum. Dia
meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke
tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan
tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia
seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis.
*****************
“Aiman!!
Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya
tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak
banyak cakap.
Selepas
pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.
“kamu
dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun
syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat
Aiman.
“abah,
ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”
Dato
Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?”
“Abah..”
“dah!
Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni!
“ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.
“abah,
saya tak da duit banyak tu.”
“abah
tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat
itu. Terduduk Aiman. Ya Allah…
.
tiba-tiba
telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.”
Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam,
weh Aiman. Kau
balik rumah kau sekarang.!”
“er,
kenapa along?”
“kau
balik je!” Tersentap
Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini
datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman
mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta
isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah.
Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah
menyuruhnya membawa kereta dia.
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat
sini..” rayu
Syahirah.
“eh,
kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.”
“hah,
sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya
tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.
“kenapa
along?”
“aku
nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah
yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi
kenapa?”
“kenapa
kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana
kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!”
herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.
“along
tak boleh buat macam ni..”
“apa
tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi
kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”
“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah
yang tadi berair mata membela Aiman.
“kau
diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir
menarik tangan Syahirah.
Syahirah
sedaya upaya menarik kembali tangannya.
“saya
tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi,
Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!”
Marah Syahir lagi.
Ya
Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah
isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa
dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!
“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta
pertolongan Aiman.
“saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.”
Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air
mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….”
Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk.
Ya Allah beratnya dugaan-MU…
****************
Aiman
baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia
tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat
duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu
telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.
Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..”
Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..”
“sampai..
sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…”
“tak ada istilah senang kalau saya kene
tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.”
“awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara
serak Syahirah berbicara lagi.
“abang…
biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap.
“abang,tolonglah
abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya
mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang
menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong
jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang
tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….
“abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba
abang baca..”
Rasulullah
saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap
hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah
engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
Aiman
beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang
betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.
“abang,
tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.”
“tapi
abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along
hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya
diam.
“istikharahlah
abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak
berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……
***************
Nasihat
Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1)
Jujur dalam berkata-kata.
2)
Menjauhi segala yang haram.
3)
Merendahkan diri.
Wahai
Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1)
Merahsiakan ibadahnya
2)
Merahsiakan sedekahnya.
3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai
Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1)
Takut berlaku dusta dan keji.
2)
Menjauhi kejahatan.
3)
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai
Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1)
Mengawasi dirinya.
2)
Menghisab dirinya.
3)
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..”
Aiman menoleh.
“waalaikumsalam,
eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.
“baca
artikel apa itu?”
“Nasihat
Rasulullah pada Ali.”
“oh,
Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman
senyum.
“tenang
duduk dekat masjid ni.”
“Dah
nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap.
“hm,dia
balik kampung.”
“oh..eh,
ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.”
Aiman
menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.
Yakin
pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah
adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian
walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda
sayang-Nya….
Terkedu
Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau
dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang
perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat
projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak
tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi
itu dulu… sekarang lain…
.
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman
membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to
voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms).
Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam,
Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas
beberapa minit.
Syarikat
abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah
ada projek yang masuk. – Aiman
Solat
Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa
dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman
senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
*************
“Assalammualaikum,
abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam.
Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya…
saya..” tak terluah oleh kata-kata.
“Aiman,
abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video.
Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.”
“terima
kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang
yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan
di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu
adiknya Syahirah itu hidup melarat.
Matanya
tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian,
abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat
melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai
seorang suami.
Astarfiruallahalazim.
*************
Erat
Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji
Amran hanya senyum melihat mereka.
“abang
please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu
mengesat air mata Syahirah.
“shhtt,
abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah
mengangguk dan memandang abi dan uminya.
“jaga
dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.
“terima
kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu.
Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dengan
alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.
“kami
balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti
Syahirah.
“Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
.
“saya
sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk
pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya
pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang.
“Ira…”
panggil Aiman.
“ya?”
Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.”
“thanks untuk apa?”
“sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah
ketawa kecil.
“bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.”
“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang
ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah
tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus
memandu.
“thanks lagi sekali.”
Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.”
“mana
Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di
kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan
barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur
Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah, hanya dia dan Allah yang
tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana
awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“hm,rezeki
Allah.”
“dari
mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.
“abang,
jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke
arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal
tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita
dan ketawa.
.
Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut.
Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman
terus menerpa ke arahnya.
“awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat
darah itu. Syahirah
senyum.
“biasalah
ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita
pergi klinik.” Syahirah dah pening.
“tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”
“no…
nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di
kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat.
“abang
ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak
buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu.
Sebak
tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
**************
“abang,
bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.
“..Encik
Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah
menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang..
bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm,
kenapa sayang?”
“abang,
jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk
menghadap Syahirah.
“dah
pukul berapa?”
“hmm,
4.30 pagi.”
“jom.”
Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke
pondok agama hari itu.
“..sayang
ambil wudhuk dulu..”
“okay.”
.
Sebelum
turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.
“mimpi
ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah
hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa
Aiman bersalaman dengan Syahirah.
“abang,saya
nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.”
Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas
solat.
“..halalkan
semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya.
“abang
pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal
juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.
“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang
soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”
Syahirah geleng.
“boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah
je. Letihlah.” Aiman mengangguk.
“oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan
senyum.
“sayang awak juga.”
************
Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah
selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang
mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus
dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan
bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu.
Dia berlari ke dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah
berlimpahan. Isterinya.
“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang
menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang
kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang
mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat
bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang
yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.
“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah
itu. Entah
macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu.
“ha,
ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam
rumahnya.
“bukan
saya.”
“dah
bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.
“bukan
saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.
“Abah!
Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya
hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.
“kalau
kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.
“bukan
Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman
memandang abi,umi dan alongnya.
“abi,
bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.
“sedangkan
orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh
adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman
cuba meronta.
“bukan
saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”
“cepat
bawa dia!” arah alongnya.
Ya
Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa
dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh
tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah………
*************
Haji
Amran melawat menantunya di penjara.
“abi..percayalah
saya..” Haji Amran senyum.
“sabar
Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..”
“abi,
macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak
dadanya.
“abi
kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa.
“bersabarlah
Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.”
Haji Amran bangun dari kerusi itu.
“abi,
jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah
mertuanya tidak menjawab soalan.
“abi,
kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa.
Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman
mendengar kata-kata abinya itu.
Ya
Allah, hamba tak kuat…..
“abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba
abang baca..”
Rasulullah
saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap
hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah
engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
“Encik,saya
nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang
dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya
Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca
Al-Quran.
‘Al-Quran,
the love letter from Allah’ – isterimu.
Air
matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu
dengan air matanya.
Allah…
Belajar
DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar
KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar
KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu
KETENTUAN..
***************
“Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat
wajah menantunya itu.
“bebas
juga saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah,
Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup
kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya
Allah.
“abi,
jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya
mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke
umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang
jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak
bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman
terkejut. “abi, kenapa di sini?”
“turun
dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran.
Aiman
hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang.
Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk
menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor.
Perlahan
Aiman melangkah ke arah bilik itu.
“maaf,
dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman
menghampiri katil itu.
“barah
hatinya dah kriktikal, effect. Dia
tak dapat nak survive. Bersabarlah.”
Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya
Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di
atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi
isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah.
Ya
Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!”
jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
“sabar
Aiman…bawa mengucap.”
“bukan
Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman.
“dah
di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan
dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya
itu.
Sakit.
Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah……….
Air
mata lelakinya deras mengalir.
************
“lagu
apa?”
“tajuknya
Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya
di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati.
“
.. haa, nah..”dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm,
awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita
dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.
“ok.”
Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk
di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
“Abang
kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak
nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.”
kenapa harus begini…..
Aiman
menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya
di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah
pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah
dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat.Waktu
itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di
sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan.
Akhirnya,
dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk
isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil
dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di
villa mereka.
“Aiman,
nak pergi mana?” Dia senyum.
“ma..”
Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu.
“nak
keluar.”
“pergi
mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula.
“hm,
pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
**********
Aiman
meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar
dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk.
Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca
Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.”
Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.”
“anak
musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah
malam.
“saya
ingat nak tidur sinilah pak cik.”
“oh,
kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu
juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran
itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan
badannya.
“Abang
jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.
“baik
sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.
“lagi?”
“er..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”
Aiman
menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia.
Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang.
“Sayang..”
Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung.
“sayang..”
Aiman menggenggam tangan Syahirah.
“jangan
tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik
tangan Aiman agar mengikutinya.
*************
Lemah
lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka
bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu.
“tu
lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.”
Sebak Dato Rahimi mendengar.
“terkejut
saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak
bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.”
Mengalir
air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya
di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum –
alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita
boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan
dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat
mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita?
wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti.
Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau
di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau
akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha
menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.
wallahua’lam…
Credit:
Artikel ini admin ambil dari Facebook Page; Indahnya
Cinta Allah. Ada
sesiapa tahu siapa penulis asalnya? Tolong maklumkan kepada kami untuk
dikreditkan.. Terima Kasih:)
________________________________________________________
Cinta yg Hakiki hanyalah kpd Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa...
Semoga kita bersama org yg kita kasihi di syurga nanti... InsyaAllah.
Wassalam...
-Rashidi-