Monday, 26 November 2012

Statistik Dunia & Statistik 'di Sana'

Dewasa ini, kita dihidangkan media dengan statistik yg mengatakan bahawa bilangan pelajar wanita di institut2 pengajian tinggi adalah lebih ramai dari lelaki sekaligus memberi gambaran akan sifat keintelektualan mereka yg tinggi berbanding lelaki. Mereka sangat berbangga akan pencapaian ini. 

Namun, tidakkah mereka sedar bahawa di akhirat nanti golongan wanita lah yg sedikit bilangannya di dalam syurga?

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(HR Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Al- Bukhari dan Muslim)

Kadangkala kita terlalu taksub dengan pandangan manusia dan pencapaian kita di dunia smpai kita terlepas pandang akan motif hidup kita, tidak lain dan tidak bukan, hanyalah sebagai hamba kpdNya.  Semoga kita, baik dari kaum Hawa mahupun Adam, memperbaiki diri serta setiap inci kehidupan harian kita agar kita tidak menjadi kayu api neraka jahanam di sana kelak!