Assalamu'alaikum wbt,
Kaifa halukum? (Maafla, setakat tu je pengetahuan Arabic saya). Diharap rakan2 sekalian berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan dalam limpahan rahmatNya.
Baiklah, entri kali ini berkisarkan kemusykilan dalam membaca surah2 panjang dalam solat. Baru2 ini, saya berkesempatan untuk mengajukan soalan ini kepada al-Fadhil, Ustaz Love . Ini cuma nama samaran beliau ye... jangan pula ada yang ingat beliau ni 'Cupid' or anything. Hik3. x)
Berikut adalah soalan2 yg saya tujukan dan jawapan dari Ustaz Love sendiri melalui perantaraan e-mail. Jom kita selami persoalan ini. ^^
________________________________________________________________________
Soalan:
Assalamu'alaikum wbt,
Kaifa haluka yg Ustaz Love? Semoga Ustaz berada dalam keadaan sihat wal'afiat.
Saya selalu tertanya2, bagaimanakah cara mereka yg mengimamkan solat ataupun solat bersendirian membaca surah2 yg panjang? Adakah perlu membaca surah2 panjang dari awal sehingga habis? Ataupun adakah boleh membaca satu surah itu bermula dari mana2 ayat sekalipun? Berapa banyak ayat yg perlu dibaca dalam satu rakaat itu?
Adakah boleh membaca surah2 berlainan pada rakaat yg berlainan walaupun, sebagai contoh, pada rakaat pertama itu dia membaca surah as-Saff dari ayat satu sehingga ayat enam, kemudian pada rakaat kedua pula dia membaca surah al-Ikhlas? Adakah kita boleh membahagikan satu surah yg panjang itu dan membacanya dalam dua rakaat yg berlainan? Seandainya boleh, adakah terdapat cara2 untuk membahagikannya?
Apa yg saya tahu, menurut seorang kawan saya, digalakkan membaca surah dr awal sehingga akhir kalau membaca surah2 seperti surah an-Nas sehingga ad-Dhuha. Lagi satu kita juga digalakkan membaca berdasarkan tertib surah2 tersebut. Jika rakaat pertama surah al-Baqarah, rakaat kedua pula surah an-Nas. Adakah ini benar?
Maaf kerana banyak sangat soalan yg ditanya kerana saya agak musykil sebab perkara ini tidak diajar di sekolah harian biasa. Semoga Ustaz Love dapat merungkai permasalahan saya ini. Jazakallah Khayran Kathira!
Jawapan:
Waalaikumussalam..
Alhamdulillah, Ustaz Love sihat. Semoga saudara Rashidi juga sihat sejahtera hendaknya.
Maksud solat yang panjang itu boleh jadi dengan membaca surah panjang2 dan juga boleh jadi membaca ayat yang diulang2.. ini biasa dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat. Jika nak membaca surah yg panjang2, sebaiknya diambil dari permulaan surah.. jika ingin membaca ayat tertentu, maka ambillah dari permulaan sesuatu cerita.. contohnya kalau nak baca surah al-Kahfi yg ada kisah perjalanan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir, maka sebaiknya mulakan daripada ayat 60 sbb itu permulaan kisahnya.. begitu juga kalau nak berhenti, sebaik2nya berhentilah pada akhir cerita iaitu pada ayat 82 (sama ada nak habiskan pada rakaat pertama, ataupun berhenti separuh, kemudian pada rakaat kedua baru sambung bakinya).
Jumlah ayat tak ditentukan.. bergantung atas kemampuan kita sendiri.. itu kalau kita solat sendirian.. kalau kita jadi imam, maka kena lihat kemampuan jemaah.. mungkin di dalam saf itu ada yg dah uzur, ada wanita2 yang membawa anak kecil ataupun mereka2 yg ada urusan lain, maka lebih wajar membaca ayat yang pendek2.
Sebaiknya, rakaat pertama itu ayatnya lebih panjang daripada rakaat kedua.. begitu juga dari segi susunan, kalau rakaat pertama kita baca surah al-Masad (al-Lahab), maka rakaat kedua kita, lebih baik kita membaca surah al-Ikhlas (sbb susunannya yg terkemudian dan ayatnya yg lebih pendek drp surah yg dibaca masa rakaat pertama).
Boleh membaca surah berlainan pada rakaat pertama dan kedua.. sama ada kita membaca keseluruhan surah atau mengambil sebahagian ayat pada rakaat pertama, kemudian mengambil sebahagian ayat daripada surah yg lain pada rakaat kedua. Jika kita membaca surah as-Saff dan nak pecahkan kepada 2 rakaat, maka sebaiknya berhenti pada ayat ke 9 (kira dah habis cerita pasal Yahudi) pada rakaat pertama, kemudian pada rakaat kedua sambung ayat ke 10 hingga akhir.
Berkenaan tertib surah bacaan itu, ia memang benar. Cuma, selain tertib surah, bilangan ayat juga perlu diteliti.. jika membaca 10 ayat pada rakaat pertama, maka rakaat kedua sebaik2nya membaca ayat yang kurang daripada yang dibaca semasa rakaat pertama. Tertib surah adalah spt yg terdapat dlm al-Quran, bukan spt yg disusun dalam Muqaddam.
WA
_______________________________________________________________________
So, camtulah jawapan yg diberi oleh Ustaz Love. Semoga perkongsian ini dapat menambahkan lagi ilmu kita yg cetek ini lebih2 lagi bila kita membicarakan berkenaan ilmu Allah SWT itu sendiri. Sesungguhnya ilmu2 Allah itu amatla luas. Adapun segala ilmu manusia yg kita ada ni hanyalah pinjaman daripada Allah Yang Maha Esa. Jadi bersyukurlah dengan ilmu2Nya dan sebarkanlah perkara2 yg haq. Firman Allah SWT dlm surah al-Asr (Ayat 1-3):
‘Demi
Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam
kerugian - kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.’
Wallahu'alam...
P/s: Bagi mereka yg berminat untuk membaca isu2 agama yg dikupas oleh Ustaz Love, anda bolehlah klik di SINI.
Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian soalan dan jawapan ni :) Islam itu mudah dan ada kelonggaran dan kesenangan dalam melakukan sesuatu. Selamat menjadi imam satu hari nanti ^_^
ReplyDeleteWa'alaikumussalam... Sama2... betul2.. tapi kita kena ingat, jangan smpai kita senang2 nak memudahkan syariat Islam itu pla.. hehe.. Thanks! ^^
Delete