Assalamu'alaikum wbt...
Ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu.
Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Si Isteri :
“Assalamualaikum wbt..
Ustaz Maaf kerana Lari tajuk, saya ingin menanyakan tentang Fadhilat Sural Al-Mulk dan ini yang saya perolehi:
Yang menarik perhatian saya mengenai
surah Al-Mulk utk dibaca kerana fadhilatnya itu. Apa yang menjadi
kemusykilan saya kerana “Drpda Anas Ibnu Malik berkata: Nabi telah
bersabda “Sesungguhnya seseorang lelaki seblum kamu telah meninggal dan
tidak ada bersamanya sedikitpun daripda kitab ALLAH kecuali
“Tabaarakal Lazi”. Maka…… (p/s: untuk selbihnya sila beli buku Fadhilat
Amlaan Surah2x Utama terbitan AL- Falah..Harga RM3.)
Surah ini memberi keutamaan kepada
kaum adam sahajakah? Bagaimana dengan kaum hawa? Keredhaan Suami lebih
bagus ke ustaz @ Mendapat syafaat tersangat lah bagus?“
Sebenarnya, Ustaz Love sendiri agak
kabur dengan pertanyaan yang dikemukakan. Namun, ada baiknya Ustaz Love
jelaskan persoalan yg Ustaz Love faham.. takut nanti, Ustaz Love tak
faham soalan, orang yg baca 2x tak faham.. lepas tu nak sampaikan kepada
ahli keluarga, ahli keluarga pulak 3x tak faham.. kihkih
Ustaz Love tak dapat nak ulas berkenaan
hadis yg diberikan di atas, sbb hadisnya tak diberikan penuh dan ada
plak promo suruh beli kalau nak tahu selanjutnya. Harap sikap sebegini
tak diteruskan, sbb bila nak berkongsi sesuatu, kita kena berikan
sepenuhnya. Kalau nak promosi, buat cara promosi.. kalau nak tanya, buat
cara nak tanya.
Cuma, banyak hadis2 yang semaksud dengan
‘hadis sekerat’ di atas yang menceritakan tentang kelebihan atau
fadhilat membaca surah al-Mulk ini. Surah ini juga dikenali sebagai
surah Tabarakallazi sbb itu ayat permulaan surah ini. Nama panggilan tu
tak penting sangat, yg pentingnya kita memahami bahawa surah al-Mulk
atau Tabarakallazi adalah surah yg sama.
Nabi s.a.w. selalu mengamalkan membaca
surah as-Sajdah dan surah al-Mulk. Dan Nabi s.a.w. juga menyatakan
melalui lisan baginda yang mulia akan kelebihan membaca surah ini. Ini
menunjukkan betapa pentingnya surah ini diamalkan dalam kehidupan
seharian kerana adanya hadis yg menerangkan kelebihannya, serta Nabi
s.a.w. sendiri mengamalkannya.
Antara kelebihan yang diceritakan dalam
hadis adalah dengan mengamalkan surah al-Mulk ini, maka Allah akan
memelihara pembacanya daripada azab kubur dan surah itu akan menjadi
temannya serta memberi syafaat kepada pembacanya sehinggalah pembacanya
masuk ke dalam syurga. Bukan semata2 lelaki saja yg mendapat ganjaran
ini, sebaliknya wanita juga, bahkan khunsa (bukan pondan okeh..) juga
akan memperolehi ganjaran yg sama sekiranya banyak mengamalkan membaca
surah ini.
Boleh saja nak baca surah ini pada bila2
masa.. kalau hafal surah ni, lagi mudah nak baca.. tapi, benda yg mudah
ni, kadang2 menjadi susah bila tiada keinginan yg biasanya datang
daripada kurangnya keyakinan. Bila kita nampak ganjaran depan mata,
mufti dah kata haram pun, kita berusaha juga nak halalkannya (mcm kes forex).
Tapi perkara2 berkaitan fadhail amal (kelebihan amal) ini, memang susah
kita nak pujuk hati, sbb ganjarannya tak nampak di depan mata. Sebab
itulah, iman itu adalah keyakinan.. yakin pada perintah Allah dan sunnah
Nabi s.a.w. yg dikhabarkan melalui al-Quran dan hadis, walaupun ia tak
mampu difikirkan dengan logik akal dan tak nampak dek mata zahir. Sebab
itulah mereka2 yang yakin pada janji Allah ini (yakin dgn ganjaran drp
Allah) termasuk juga dalam kalangan mereka2 yg mempunyai iman yg
mantap.. kerana hanya mereka2 yg beriman kepada Allah saja yg akan
meyakini janji2Nya.
Namun, membaca surah ini saja tanpa
disertai dengan kewajipan2 yg lain tidaklah dapat menyelamatkan diri
kita, kerana setiap amalan itu berbeza tingkatannya. Tidaklah amalan
sunat itu akan dapat mengatasi kelebihan amalan yg fardhu, begitu juga
tidaklah meninggalkan amalan yg sunat itu mendatangkan dosa, sebaliknya
meninggalkan amalan yg fardhu itu dah tentu mendatangkan dosa. Macam
makanan juga.. kalau tiap2 pagi kita telan vitamin tanpa makan makanan
yg lain, maka vitamin itu tak mampu untuk memberi kesihatan kepada tubuh
badan (sekalipun dibuktikan melalui kajian sains yg ia memang
mendatangkan manfaat kepada tubuh).. kerana vitamin itu adalah makanan
tambahan, sedangkan kalau makanan asasi tak dimakan, nak tambah apanya?
Begitulah juga kisahnya kalau tiap2 malam kita baca surah al-Mulk, tapi
amalan fardhu spt solat tak ditunaikan, jadi amalan kita itu tak mampu
nak menyelamatkan kita di akhirat nanti.. sbb amalan fardhu itu adalah
amalan ruji yg kita kena buat mengikut tempoh dan masa yg ditetapkan.
Sebaiknya, baca surah ini bersama dengan
surah as-Sajdah sebelum tido. InsyaAllah, jika ditakdirkan kita tido
untuk selamanya (tak bangun2 dah), kita akan diselamatkan daripada azab
kubur.
Jadikanlah surah ini sebagai amalan
untuk dibaca setiap hari.. walaupun setakat baca satu surah yg pendek
ini, namun jika dilakukan secara istiqamah (berterusan) akan
menghasilkan natijah yang sangat hebat.
Jadi, lepas baca entry ni, terus gi amik
al-Quran.. baca dulu surah al-Mulk.. lepas baca surah tu, jangan lupa
berdoa.. doakan semoga Allah memberikan rahmat dan berkat dalam hidup di
dunia dan di akhirat kepada Ustaz Love
WA
Artikel asal:
Assalamualaikum, terima kasih..
ReplyDelete*(^_~)*
Wa'alaikumussalam wbt... Sama2...Semoga mendapat manfaat. ^__^
Delete