Dewasa ini, kita dihidangkan media dengan statistik yg mengatakan bahawa
bilangan pelajar wanita di institut2 pengajian tinggi adalah lebih
ramai dari lelaki sekaligus memberi gambaran akan sifat keintelektualan
mereka yg tinggi berbanding lelaki. Mereka sangat berbangga akan
pencapaian ini.
Namun, tidakkah mereka sedar bahawa di akhirat nanti golongan wanita lah yg sedikit bilangannya di dalam syurga?
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(HR Muslim dan Ahmad)
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku
melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan
aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya
adalah wanita.” (HR Al- Bukhari dan Muslim)
Kadangkala kita
terlalu taksub dengan pandangan manusia dan pencapaian kita di dunia
smpai kita terlepas pandang akan motif hidup kita, tidak lain dan tidak
bukan, hanyalah sebagai hamba kpdNya. Semoga kita, baik dari kaum Hawa
mahupun Adam, memperbaiki diri serta setiap inci kehidupan harian kita
agar kita tidak menjadi kayu api neraka jahanam di sana kelak!
No comments:
Post a Comment