Saturday, 10 March 2012

Persis Kisah Hasan & Hussein :)

Lihat video ini... :)

 
 
Ketika zaman Nabi, tiada masalah untuk kanak² diajak bersama² datang ke masjid. Malah dibawa sekali solat bersama² ke dalam saf yg sama dgn org dewasa. Cucu Nabi, Hasan dan Hussein pernah main panjat² di belakang Nabi ketika Nabi sedang sujud.

Umamah cucu Nabi pula pernah didukung di tengkuk sambil Nabi mengimami solat fardhu. Subhanallah... Indahnya akhlak Nabi terhadap anak-anak.
Elakkan anak-anak dibiarkan di saf-saf belakang tanpa perhatian bapa-bapa mereka. Sepatutnya anak-anak dibawa dan dididik untuk bersama-sama memenuhi saf paling hadapan. Bukan diletakkan/diasingkan di saf belakang.

Berikut hadis Nabi mendudukung cucunya sambil bersolat:

Abu Qotadah al-Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

“Aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengimami solat orang ramai sambil mendukung Umamah binti Abu al-‘Ash di atas tengkuk (atau bahu) beliau, dan ia adalah bayi perempuan Zainab binti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).” (Hadis Riwayat Muslim, no. 845)

Pelik bagi kita di nusantara, tetapi inilah hakikatnya yg telah dilakukan oleh Nabi kita.

Selepas ini janganlah pelik lagi sekiranya nampak ada org dukung anak/bayi mereka di tengkuk ketika solat. Sebab ini juga termasuk salah satu sunnah Rasulullah. 
والله أعلمُ بالـصـواب
Source:
Artikel: Facebook
Video: YouTube

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    cute-eyy :)
    Islam itu mudah..
    Jazakallahu khair..

    ReplyDelete